10 Fakta Tentang Kalsium

10 Fakta Tentang Kalsium

Vitamin Ibu Berpantang Vitamin Ibu Menyusu Vitamin Untuk Hamil Vitamin Untuk Ibu Hamil Vitamin Untuk Ibu Keguguran Vitamin Untuk Ibu Mengandung Vitamin Untuk Wanita
Kalsium adalah mineral penting yang paling banyak diperlukan oleh manusia. Kalsium membantu pembentukan tulang dan gigi dan diperlukan untuk pembekuan darah, penghantaran isyarat pada sel saraf, dan otot. Kalsium membantu mencegah
osteoporosis. Dari semua kalsium yang terkandung dalam tubuh manusia, 99% terletak di tulang dan gigi.
 
Kalsium juga berperanan dalam menurunkan tekanan darah, dan terbukti mengurangkan risiko penyakit kardiovaskuler pada
wanita pra-menopause.
 
 
Fakta Tentang Kalsium
 
 
 

10 Fakta tentang kalsium

 
1.Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium
haruslah dikecapi sepanjang hayat.
2.Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.
3.Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.
4.Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu seperti mozzarella, ricotta, keju boleh dipilih.
 
 
5.Untuk orang yang mempunyai intolerans atau alah kepada keluaran tenusu, pengganti seperti susu soya
biasanya mengandungi kalsium yang dicampur dalamnya.
6.Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar
untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sesetengah orang.
7.Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg kalsium.Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.
8.Kalsium sitrat lebih mudah diserap (keperolehan biologinya 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kalsium karbonat), lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.
9.Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah
diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.
10.Kalsium laktat dan kalsium aspartat kesua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium
karbonat.
 
Nak dapatkan kalsium terbaik mai whatsapp sya yer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge