10 Sebab Kenapa Shaklee Tidak Berkesan

Set Untuk Kanak Kanak Testimoni Tips Uncategorized Vitamin Ibu Berpantang Vitamin Ibu Menyusu Vitamin Kuatkan Rahim Vitamin Untuk Angin Vitamin Untuk Berpuasa Vitamin Untuk Buah Pinggang Vitamin Untuk Buasir Vitamin Untuk Cirit Birit Vitamin Untuk Cyst Vitamin Untuk Detox Vitamin Untuk Gastrik Vitamin Untuk Hamil Vitamin Untuk Ibu Hamil Vitamin Untuk Ibu Keguguran Vitamin Untuk Ibu Mengandung Vitamin Untuk Jantung Vitamin Untuk Kanak-Kanak Vitamin Untuk Kawal Gula Dalam Darah Vitamin Untuk Kayap Vitamin Untuk Kecantikan Vitamin Untuk Kencing Manis Vitamin Untuk Kesuburan Vitamin Untuk Kurus Vitamin Untuk Lelaki Vitamin Untuk Mata Vitamin Untuk Naikkan HB Vitamin Untuk Paru Paru Vitamin Untuk Tenaga Vitamin Untuk Tonsil Vitamin Untuk Tulang Vitamin Untuk Wanita
Secara keseluruhannya, produk Shaklee telah dipasarkan & digunapakai di seluruh dunia lebih 55 tahun manakala produk Shaklee yang tertua di dunia adalah multivitamin Vitalea ini telah dicipta sejak 100 tahun yang lalu oleh Dr Forest C Shaklee.Kalau dah lama bertapak di dunia ni kenapa ada yang claim makan produk Shaklee tapi tidak berkesan ? Langsung tak ada effect ?

Ok mari sini sya nak kongsikan sebab dan kenapa Shaklee tidak berkesan bila diambil oleh sesetengah individu yang selalu dok claim Shaklee tak berkesan.

10 Sebab Kenapa Shaklee Tidak Berkesan

1: Tidak Detox Usus Terlebih Dahulu

 Usus kita ni ibarat macam longkang atau laluan pengaliran air.

Bayangkan kita hidup dah berpuluh tahun, kita makan macam-macam makanan. Ada yang buang air besar pun kadang-kadang je dalam seminggu.

Usus yang tidak bersih / tersumbat dengan sisa makanan boleh mengurangkan keberkesanan dalam serapan nutrisi yang kita ambik.

So, jika nak apa-apa vitamin Shaklee yang kita ambik tu berkesan ke atas tubuh kita, silalah detox usus dulu dengan Herblax ataupun Alfalfa Complex.

2: Mengambil Vitamin Dengan Minuman Berkafein

Kopi atau teh mengandungi kafein.Kafein ni mempunyai struktur yang dapat menghalang penyerapan nutrisi lain selain mempercepat kehilangan air dari badan.Menurut kajian, kafein meningkatkan kehilangan kalsium melalui air kencing seterusnya membantu dalam meningkatkan risiko penyakit Osteoporosis.

So, kalau nak Shaklee berkesan, elakkan minum kopi/teh ketika telan vitamin Shaklee. Jika perlu/ sangat nak minum kafein ni, jarakkan pengambilan sekitar 2 jam di antara kedua-duanya.

3: Mengambil Supplement Shaklee Ketika Menjalani Kimoterapi

Sepanjang proses kimoterapi dijalankan, sel kanser dan juga hampir kebanyakkan sel dalam tubuh kita termusnah. Jadi, sia-sia mengambil supplemen sepanjang dalam proses kimoterapi ini.

Oleh itu, pakar nutrisi menyarankan pengambilan supplemen ini hanya dibuat selepas rawatan kimoterapi dijalankan.

4: Mengambil Shaklee Serentak Dengan Ubat ataupun Supplemen Lain

Ubat-ubatan mempunyai struktur dan sifat yang agak agresif untuk berada dalam sel tubuh dan berperanan dalam tubuh kita.

Keadaan ini akan mewujudkan persaingan di dalam badan jika kita mengambil supplemen serentak dengan ubat seterusnya menyebabkan produk Shaklee yang diambil menjadi “tawar” atau tiada kesan.

Namun sekiranya perlu mengambil ubat-ubatan atas faktor-faktor yang tertentu, sila jarakkan pengambilan antara kedua-duanya sekitar 2 jam.

5: Mengambil Kalsium Serentak Dengan Zat Besi

Kalsium mempunyai struktur yang boleh mengganggu serapan zat besi di dalam tubuh kita.

Antara produk Shaklee yang mengandungi Kalsium adalah:

• ESP
• OsteMatrix
• Mealshakes
• Cinch Shake Mix

Manakala produk Shaklee yang mengandungi zat besi pula adalah :

• Vita – Lea

Untuk mengelakkan kurangnya keberkesanan dalam serapan zat besi (terutama untuk mereka yang mempunyai masalah anemia atau  hemoglobin dalam darah yang rendah), elakkan mengambil produk Shaklee yang mengandungi kalsium atau sebarang produk tenusu serentak ketika mengambil multivitamin Vitalea ini.

6: Pengambilan Serat Serentak Dengan Vitamin Larut Lemak

Serat bertindak menyerap lemak di dalam tubuh kita. Supplemen yang mengandungi serat untuk fungsi ini adalah Alfalfa Complex. Manakala produk Shaklee yang terdiri daripada vitamin larut lemak adalah:

• Vitalea
• Carotomax
• Vita E Complex
• GLA Complex
• Omega Guard
• CoQ Health
• Lecithin

Oleh sebab itu, adalah tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa Complex serentak dengan vitamin Shaklee yang larut lemak seperti di atas kerana fungsi serat pada Alfalfa Complex akan mengangkut semua lemak termasuk vitamin tadi keluar dari tubuh badan.

7: Mengambil Zinc Complex Selepas Makan

Zinc Complex bertindak dengan lebih efektif ketika perut kosong kerana ketika perut kosong banyak enzim dapat membantu proses mencernakan mineral zink ini.

8: Membancuh ESP Dengan Air Panas

Kenapa tak boleh bancuh ESP guna air panas ?

Soalan ni memang famous sangat di kalangan customer. Diorang jugaklah yang selalu tanya kenapa Shaklee tidak berkesan.ESP merupakan serbuk protein soya non-GMO. Suhu yang panas akan menyebabkan termusnahnya struktur protein dalam serbuk soya ESP tadi.

Jadi, peranan utama ESP dalam membekalkan protein yang diperlukan juga akan terjejas.

Oleh itu, sila bancuh ESP dengan air suhu bilik atau suam.Nak lagi best bancuh dengan mana-mana air jus atau susu segar .

9 : Kurang Pengambilan Air Putih

Air putih bukan sekadar perlu minum sebab nak ambik supplemen je. Air putih berperanan menjadi agen utama dalam pengangkutan semua zat dalam darah/usus ke seluruh tubuh kita.

Air putih juga sangat membantu dalam menyampaikan zat dari supplemen yang kita ambil ke sel tubuh yang memerlukannya.

Berapa banyak pengambilan air putih dalam sehari ?

Ok, untuk mudah sukat, ada pakar menyarankan untuk sukat keperluan air ikut berat badan masing-masing.

Setiap 25kg = perlukan 1 liter air putih sehari

10 : Tidak Konsisten Mengambil Supplement

Supplemen bukan ubat tau ! Nama lagi supplement so fungsi supplement ini adalah untuk MENCEGAH dan BUKAN
untuk MERAWAT.

Maka, bila kita ambik supplemen ni memanglah kesannya bukan macam kita makan ubat. Makan sekali terus baik.

Untuk kesan yang optimum, kita disarankan untuk konsisten ambik suplemen sekurang-kurangnya untuk 3-4 bulan.

Sebab tu juga jika korang perasan hampir kebanyakan supplemen Shaklee dikeluarkan dalam kuantiti/jumlah yanb besar.

Beberapa contoh vitamin Shaklee yang memang berbaloi untuk ambil sebab memang tahan untuk tempoh masa yang lama.

 Sustained Release Vitamin C 500mg : 180 tablet (3 – 6 bulan)
• Herblax : 120 tablet (4 bulan)
• Alfalfa Complex : 330 tablet / 700 tablet (3-6bulan)
• B Complex Shaklee : 120 tablet (4 bulan)
• Vitamin E Complex : 120 tablet (4 bulan)
• Vitalea : 120 tablet (4bulan)

Maka, lepas ni jika nak nampak kesan yang berkesan apabila ambik Shaklee,Sila konsisten dalam pengambilan ya.Dan dapatkan konsultasi yang betul dengan pengedar sah Shaklee

1 thought on “10 Sebab Kenapa Shaklee Tidak Berkesan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge