Uncategorized

10 TANDA BERSALIN YANG WAJIB IBU AMBIL TAHU

Menurut sumber, hanya
5% bayi yang lahir pada tarikh due date yang diramal oleh doktor. Biasanya
kehamilan akan mencapai usia antara 38 ke 42 minggu. Rasa sakit sejak-sejak ini
makin kerap pula. Buat ibu yang pertama kali mengandung, tentu
tertanya-tanya apa agaknya tanda bersalin yang patut mereka tahu agar sempat ke
hospital.
Ada beberapa cara untuk kita tahu bila saatnya kita akan bersalin dan
bukannya sekadar ‘false alarm’. Berikut
disenaraikan beberapa tanda bersalin awal dan tanda bersalin yang semakin
hampir.
Pre-Labour: 1
hingga 4 minggu sebelum bersalin

1. Baby “jatuh”
  • Beberapa minggu sebelum melahirkan, kedudukan
    baby semakin ke bawah. Kepala baby akan mula engaged dengan tulang pelvik
    kita sedikit demi sedikit. Pada waktu ini ibu akan mudah terasa nak
    membuang air kecil seperti pada Trimester Pertama kerana kepala baby
    menekan pada pundi kencing. Berita baiknya pula, ibu dah boleh bernafas
    dengan agak mudah kerana ruang atas dah semakin kosong.

2. “Laluan” mula terbuka (dilates)
  • Serviks juga semakin menipis dan semakin
    terbuka sebagai persediaan untuk melahirkan. Ada sesetengah hospital akan
    melakukan pemeriksaan bukaan setiap kali check-up dan ada juga yang tidak.
    Jangan rasa bimbang sekiranya anda hampir dengan due date tetapi tiada
    bukaan langsung. Ini kerana setiap orang adalah berbeza keadaannya

3. Anda akan kerap rasa cramp dan juga sakit belakang yang agak kuat.

  • Terutamanya sekiranya ini bukanlah anak yang
    pertama, anda akan rasa semakin sakit di bahagian belakang bawah. Otot dan
    semua joint akan melonggar dan bergerak sebagai persediaan untuk
    melahirkan.

4. Semua sambungan (joints) pada badan
seperti longgar.
  • Sepanjang tempoh kehamilan, hormon relaxin
    yang dirembeskan akan menyebabkan semua ligamen menjadi lembut dan
    longgar. Semakin hampir dengan due date, anda akan dapat merasakan
    bahagian badan anda semakin melonggar. Jangan risau, ini adalah sebagai
    persediaan untuk memberi laluan kepada si kecil anda.

5. Berat badan anda tidak akan bertambah (atau berkurang)
  • Menjelang akhir kehamilan, anda tidak akan
    bertambah berat badan dan mungkin ada juga yang kehilangan berat badan.
    Tapi jangan risau, baby masih bertambah berat badannya. Cuma air ketuban
    kita (amniotic ×uid) semakin berkurangan, serta kekerapan kita ke toilet
    untuk membuang air (Refer point 1 dan 6) akan mengurangkan berat badan.

6. Anda akan mengalami cirit-birit.

  • Memandangkan semua otot berada dalam keadaan
    relax, begitu juga otot pada rectum. Ini menyebabkan aktiviti pada usus
    besar melonggar dan menyebabkan cirit birit. Walaupun rasa tak selesa,
    harus diingat ini adalah petanda baik. Banyakkan minum air untuk kekal
    hidrate ye.
7. Anda akan rasa sangat letih dan rasa nak berehat sentiasa.
  • Dengan perut yang memboyot, badan lesu tidak
    bermaya menyebabkan anda berasa sangat letih. Tidur malam pon tak lena.
    Sekiranya anda mempunyai peluang diwaktu siang untuk berehat, just have a
    good nap ye.
Early Labour:
Beberapa jam sebelum bersalin
1. Anda
mengalami contraction yang sangat kuat dan kerap.

– Contraction adalah tanda awal bagi active labour. Kecuali Braxton Hicks.
Bagaimana nak bezakan antara contraction sebenar dengan yang palsu (Brixton
Hicks) ni:-
  • Walaupun anda aktif, contraction tidak
    menghilang, malah semakin sakit dan kerap
  • Walaupun anda dah tukar posisi, contraction
    tetap tidak berkurang dan hilang.
  • Contraction bermula dari bahagian bawah
    belakang, dan berpindah contraction adalah selang 1 minit. Waktu ni memang
    rasa dah tak tertahan nak buang air besar =p

2. Anda perasan ada discharge yang
berubah warnanya, tidak seperti keputihan biasa.
  • Beberapa hari sebelum nak bersalin tu anda
    akan perasa cecair yang keluar adalah sedikit pekat.
  • Bila dah tiba hari nak melahirkan, akan ada
    ‘bloody show’ iaitu akan turun sedikit darah. Jika tanda ini dah keluar,
    cepat-cepat ke hospital ye.

3. Pecah air ketuban
  • Hanya 15% dari ibu hamil akan mengalami air
    ketuban pecah, jadi jangan ambil ini sebagai satu-satunya tanda anda dah
    nak bersalin ye.
  • Bila air ketuban dah pecah, cepat-cepat ke
    hospital, kerana semakin lama anda bertahan, lagi bahaya kerana baby mudah
    terkena jangkitan sekitanya perkara ini terjadi.
Sekiranya ibu mengalami tanda-tanda seperti
yang di atas, bersiap sedialah ye. Jangan sampai terlewat ke Hospital yang
berhampiran kerana ia boleh membahayakan nyawa kedua-dua ibu dan baby.Semoga
bermanfaat untuk semua.
Kredit to Tipsmudahhamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge