Uncategorized

11 Tips Tidur Lena Semasa Hamil

Waktu tidur adalah waktu yang sukar dan tidak selesa terutamanya semasa
hamil. Namun, untuk mendapatkan tidur yang lena  lebih-lebih lagi apabila
kandungan sudah semakin membesar amatlah sukar. Ini berlaku kerana kesan
daripada pelbagai faktor yang salah satunya membabitkan perubahan hormon
kehamilan.

Di sini, saya kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk ibu ibu semasa hamil untuk
mendapatlan waktu tidur yang berkualiti:
⇒ Kurangkan pengambilan air sekurang2nya 2 jam sebelum tidur. Ini adalah
untuk meminimumkan kekerapan berulang alik ke tandas hanya semata-mata untuk
membuang air kecil
⇒ Elakkan daripada bersenam ketika sudah menghampiri waktu tidur
seeelok2nya 3 jam sebelum tidur. Senaman membebaskan hormon adrenalin ke dalam
tubuh yang secara tidak langsung akan menjadi penyebab sukar tidur dan berjaga
malam. Tapi waktu siang kena bersenam yer..sbb boleh elak kejang kaki pada
waktu malam.
⇒ Biasakan diri melakukan rutin yang teratur setiap hari sebelum tido.
Contohnya, mandi, menyikat rambut, menyapu losyen pelembap muka & badan,
minum susu panas, membaca bahan bacaan ringan dan sebagainya. Dengan ini, otak
akan mendapat isyarat bahawa waktu tidur sudah tiba dan jika rutin ini
dilakukan dalam keadaan tenang dan nyaman, sudah tentu kita dapat tidur dengan
nyenyak
⇒ Semasa trimester ketiga, sebaik2nya tidur mengiring. Bagus untuk menggalakkan
peredaran darah  yang baik untuk kandungan, rahim dan buah pinggang.
⇒ Hindari kafein bagi mengelakkan insomnia.
⇒ Jangan baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan untuk
mengelakkan pedih ulu hati dan juga elakkan makanan berasid, berempah,
berminyak atau bergoreng.
⇒ Pastikan kedudukan kepala lebih tinggi ketika berbaring jika masalah
pedih ulu hati menyebabkan sukar untuk tidur.
⇒ Curi masa untuk tidur pada waktu siang walaupun hanya 10minit jika tidak
mendapat tidur yang cukup pada waktu mlm. Ia sangat membantu memulihkan tenaga
dan memberi kesegaran.
⇒ Digalakkan menggunakan bantal tambahan yang khusus untuk wanita hamil
semasa tidur untuk menyokong tubuh yang semakin membesar. Untuk keselesaan,
tidur secara mengiring dengan meletakkan sebiji bantal di bawah lutut dan
sebiji lagi di bawah perut.
⇒ Gunakan bra khusus yang digunakan untuk tidur atau longgarkannya jika
berasa tidak selesa kerana bra perlu sentiasa dipakai bagi menyokong payudara
& mengelakkannya menjadi kendur.
⇒ Elakkan tekanan dan rasa bimbang dengan berkongsi masalah dengan
individu yang boleh dipercayai.
Berjumpalah
dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat & bantuan jika masalah
insomnia berterusan
Semoga tips ni bermanfaaat untuk semua ibu ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge