4 Cara Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Tips Vitamin Ibu Menyusu Vitamin Untuk Kurus

Kehamilan adalah sesuatu yang sangat indah dalam hidup seorang wanita yang dah berkawhin kan. Namun, bentuk badan yang terhasil sepanjang proses kehamilan, boleh menjadi igauan ngeri buat ramai kaum wanita juga ??? . Ramai yang mengadu, rata-rata mereka dah pun hilag bentuk badan selepas bersalin. Menggeleber,selulit di sana sini. Badan yang persis model semasa zaman anak dara hanya tinggal kenangan.Sebab itu, ramai yang mencari cara dan petua untuk kuruskan badan selepas bersalin.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk turunkan berat badan selepas
bersalin….

1. Banyakkan Meminum Air

Badan kita seringkali keliru, samada lapar atau dahaga. Bila sebenarnya dahaga, tapi kita makan kerana menyangkakan kita sedang lapar, maka itu menjadikan bekalan kalori untuk tubuh kita berlebihan. Minumlah air banyak-banyak, walaupun kita tidak haus. Air yang mencukupi juga membantu tubuh kita menghasilkan susu yang
secukupnya untuk bayi kita.

2. Amalkan Senaman Ringkas

Ramai orang salah faham, merasakan selepas bersalin (dalam pantang terutamanya) tak boleh melakukan senaman. Padahal, senaman kegel boleh dimulakan seawal hari pertama selepas bersalin. Kegel penting untuk mengetatkan kembali otot lantai pelvik selepas bersalin. Ia dilakukan dengan mengetatkan otot yang digunakan semasa membuang air kecil. Senaman ini mudah kerana boleh dilakukan di mana-mana tanpa sesiapa mengetahuinya. Ia juga boleh dilakukan sekali bersama pelvic tilts, yang juga berfungsi untuk mengempiskan perut dan mengerjakan otot punggung.

3. Susukan Anak dengan Susu Badan

Menyusu anak dengan susu badan, dapat membantu membakar sehingga 500 kalori sehari. Banyak tu. Sebab itu, kita tengok para ibu yang menyusukan anak dengan susu badan, berat badan tetap maintain walaupun kerap
makan. Jadi, sekiranya ibu-ibu ini ingin menurunkan berat badan mereka, maka kurangkan pengambilan kalori harian yang diambil. Cadangan: 1500-1800 kalori sehari.

4. Banyakkan Makanan Tinggi Protein

Makin banyak protein yang kita makan, makin banyak kalori yang terbakar. Kutipan dari Journal of the American College of Nutrition 2004 berdasarkan penelitian Thomas L. Halton dan Frank B. Hu, MD, PhD,diet tinggi protein terbukti meningkatkan efek thermogenesis serta rasa kenyang dibanding diet dengan kandungan protein
yang lebih rendah.

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?

Membantu menguraikan lemak-lemak tepu di dalam badan kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya senang untuk diangkut keluar. Lecitin juga mengandungi kolin yang penting untuk daya ingatan otak kita. Lepas bersalin, kan banyak sel-sel badan kita terputus. Nanti takdelah apa-apa je lupaaaaa manjang.
Hehehe….
Alfalfa berfungsi sebagai detoks. Alfalfa lah yang mengangkut keluar lemak-lemak yang telah dipecahkan dengan bantuan lecithin tadi, keluar dari badan kita. Alfalfa juga berfungsi sebagai milk booster bagi penghasilan susu badan. 2 in 1 gitu. Kurus dapat, susu badan pun  melimpah ruah insya Allah.
Esp ni sangat tinggi kandungan protein. Protein yang tinggi membantu badan untuk rasa kenyang lebih lama, di samping menyumbang kepada keperluan protein yang terkomposisi dalam susu badan kita. Tak hairan, mereka yang sering mengambil ESP, senang untuk kurus. ESP juga membantu memudarkan parut-parut stretch mark yang terhasil sepanjang proses kehamilan.
Untuk order, boleh klik ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge