8 tips menambah susu ibu

Uncategorized
Rata-rata jika ditanya
pada ibu yang menyusu apa yang selalu berlegar dan  bermain dalam fikiran sudah semestinya RISAU
jika susu semakin berkurang atau merudum.. Bab ni memang semua ibu paling takut
apatah lagi jika menyusu badan sepenuhnya. Apa tips yang perlu dibuat untuk
menambah susu badan? 
1.
Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu
diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka
isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama
semakin kurang.  

2. Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali
atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru
hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.

 3. Jangan bandingkan kuantiti susu kita
dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus stok
EBM, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang
lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu
ianya memadai untuk setiap bayi.

 4. Fikir positif bahawa susu sentiasa
cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa
pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat
bertahan.

 5. Berilah seberapa kerap bayi inginkan.
Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate
pengeluaran susu. Jangan pula ‘spare’ susu botol di sebelah, risaukan bayi
tidak cukup susu.

 6. Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak
bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga
makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali
langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori
dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi
gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.

 7. Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan
‘Ya Matin’ sebagai doa untuk membanyakkan susu.

 8. Boleh mengambil supplement untuk menjaga
kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah,
bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi.

1 thought on “8 tips menambah susu ibu”


  1. Maklumat yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Sememangnya dalam tempoh laktasi atau penyusuan badan, sebaik-baiknya si ibu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan sihat. Selain itu, untuk mencegah ketidakseimbangan hormon prolaktin yang bertanggungjawab untuk mengawal penghasilan susu badan daripada kelenjar mamari, golongan wanita ini juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak mengalami sebarang tekanan emosi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge