Adakah Demam Ketika Mengandung Merbahaya Kepada Ibu dan Bayi?

Vitamin Untuk Ibu Hamil Vitamin Untuk Ibu Mengandung
Adakah Demam Ketika Mengandung Merbahaya

Demam ketika mengandung tidak boleh dipandang remeh lebih lebih lagi sekiranya mengalami suhu badan terlampau tinggi atau demam lain seperti denggi.

 
Tidak ada kajian yang menunjukkan bahawa demam biasa boleh membahayakan kesihatan ibu mengandung. Namun terdapat beberapa situasi di mana demam boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi. Sebagai
contoh demam denggi. Ketika denggi menyerang, platlet akan menurun secara mendadak.
Platlet amat penting dalam proses pembentukan darah. Sekiranya bacaan platlet dalam darah adalah rendah, darah
menjadi cair dan pembekuan darah tidak boleh berlaku. Secara tidak langsung, situasi ini menjadi lebih bahaya kepada ibu mengandung.
Sekiranya suhu badan ketika demam tidak melebihi 39.5°C, ia dikira selamat walaupun ia adalah diperingkat awal
kehamilan. Namun jika ibu mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing (urinary tract infection) dan mengalami demam melebihi 3 kali serta suhu melebihi 39.5°C, risiko bayi yang dilahirkan terkena sawan adalah tinggi. Namun kajian ini agak lemah.
Apakah Kesan Sekiranya Suhu Melebihi 39.5°C Ketika Mengandung?
 
Di awal kehamilan adalah waktu di mana proses pembentukan janin sedang berlaku. Sekiranya ibu ibu demam dengan suhu yang tinggi diperingkat awal kehamilan, ia boleh mengganggu pembentukan fizikal bayi di dalam kandungan.
Bayi mempunyai risiko mengalami masalah neural tube defects seperti spina bifida terutamanya jika demam itu berlaku ketika pembentukan saraf tunjang. Iaitu pada hari ke 20 hingga 28 selepas telur ovum disenyawakan.
 
Manakala, demam biasa di akhir kehamilan selalunya tidak terlalu mengganggu bayi. Hal ini kerana proses
pembentukan bayi sudahpun berlaku sempurna. Bayi hanya menunggu tempoh untuk membesar. Kecuali ibu ibu mempunyai risiko masalah lain seperti jangkitan kuman di dalam rahim. Oleh itu, ibu ibu harus sentiasa berhati hati dan sentiasa menjaga kesihatan sepanjang tempoh kehamilan.
Cadangan saya, ambil bacaan suhu yang tepat sekiranya anda demam. Gunakan termometer yang tepat untuk menyukat suhu badan. Jangan hanya menganggar suhu badan anda ketika demam. Anda boleh dapatkan termometer di farmasi farmasi dengan harga berpatutan.
Di samping itu, ketika demam, anda amat digalakkan untuk minum air masak secukupnya. Demam boleh menyebabkan anda rasa letih dan haus akibat dihidrasi. 
 
Loya, Muntah dan Alahan Mengandung Menyebabkan Anda Tidak Mampu Minum Air?
 
Anda WAJIB berusaha walau apa cara sekalipun untuk minum air. Minumlah sikit demi sedikit walaupun sesudu setiap kali minum. Dihidrasi ketika mengandung boleh menyebabkan anda dikejarkan ke hospital untuk dimasukkan air.
Jadikan pengalaman mengandung adalah sesuatu yang indah. Janganlah terlalu ikut perasaan hingga anda rasa mengandung adalah satu seksaan. Loya dan muntah adalah berpunca daripada perut anda yang kosong dan berangin. Oleh itu, pemakanan perlulah dijaga dan pastikan anda makan selalu dalam kuantiti sedikit sedikit.
Sentiasa tuam dahi dan dada untuk pastikan suhu badan tidak meningkat. Sekiranya suhu badan tidak menurun, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Jangan mengambil ubat sewenang wenangnya tanpa pengawasan doktor.
Tidak semua ubat demam paracetamol boleh diambil. Anda wajib berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan paracetamol dengan dos yang sesuai untuk anda sebagai ibu mengandung.

1 thought on “Adakah Demam Ketika Mengandung Merbahaya Kepada Ibu dan Bayi?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge