Uncategorized

Adakah Nanas Bahaya Untuk Ibu Hamil ?

Ramai yang kata kita tak boleh
nak makan nanas sepanjang tempoh kehamilan, kerana ianya tajam dan boleh
menyebabkan keguguran atau mendorong kepada kelahiran pramatang. Benarkah nanas
ini bahaya? 

Macam mana pula kalau ada ibu
yang benar-benar mengidam dan teringin nak makan nanas? Atau morning sickness
yang tak boleh makan makanan lain kecuali nanas?

Khasiat yang ada pada buah nanas
Secawan nanas membekalkan 100%
kandungan Vitamin C yang diperlukan oleh badan kita seharian. Selain itu ia
juga mengandungi:
·      Folate
·      Iron
·      Magnesium
·      Copper
·      Vitamin B6
Nutrisi ini sangat penting
untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan kita sendiri.
Risiko mengambil nanas semasa hamil
Pengambilan nanas mungkin
tidak akan menyebabkan keguguran atau menyebabkan kelahiran bayi awal, namun
pengambilan yang banyak akan menyebabkan ketidakselesaan kepada si ibu.
Asid yang ada pada nanas boleh
menyebabkan  ibu hamil mengalami pedih
ulu hati atau reflux. Jadi, ibu yang mempunyai masalah perut sensitif perlu
lebih berhati-hati. Ambillah secara bersederhana. Jangan sampai memudaratkan
diri pula.
Jika anda mengalami masalah
elegik seperti ini selepas mengambil nanas, segera berjumpa dengan doktor ye:
·      gatal atau bengkak pada mulut
·      kesan pada kulit (gatal dan sebagainya)
·      asthma
·      selesema
Reaksi elegik ini selalunya
akan berlaku dalam beberapa minit selepas anda mengambil nanas. Selalunya orang
yang elegik dengan buah nanas ini juga mengalami elegik kepada pollen dan
latex.
Bagaimanakah yang dikatakan nanas boleh menyebabkan keguguran atau
melahirkan bayi awal daripada tempoh sebenar?
Nanas mengandungi bromelain.Tablet bromelain tidak digalakkan diambil semasa hamil kerana ia boleh
menyebabkan pemecahan protein dalam badan dan menyebabkan pendarahan.
Tetapi kandungan bromelain
yang ada dalam nanas tidak seperti itu. Malah, untuk mendapat kesan yang sama
seperti tablet bromelain dengan hanya mengambil nanas, anda perlukan sehingga 7
ke 10 biji nanas pada satu-satu masa. Banyak tu!Mampu ker nak makan
sebanyak tu ?Memang tak la kan.Nak makan sebiji pun kadang rasa lidas dah.
Kesimpulannya
Pengambilan nanas pada kadar
biasa tidak akan membahayakan kandungan. Bersederhanalah dalam setiap perkara,
termasuklah dalam pemilihan makanan.
Sekiranya anda masih ragu-ragu
nak mengambil nanas tapi memang mengidam nak makan nanas ketika hamil,
berjumpalah dengan doktor dan dapatkan nasihat mereka.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge