Adakah Soya Bahaya Untuk Pesakit Cyst ?

Vitamin Untuk Cyst Vitamin Untuk Wanita
Bila cerita pasal soya, banyak cerita yang keluar, terutama yang buruk-buruk. Soya sering di persalahkan bila seseorang itu ada cyst, kanser, fibroid, kulit sensitif dan sebagainya.
  
Betul ke soya bahaya untuk cyst atau lebih tepat lagi ovarian cyst?
 
Apa kaitan soya dalam isu cyst ni?
 
Banyak isu, kekeliruan dan perdebatan yang timbul mengenai isu soya dan cyst. Namun yang pasti, sehingga kini, tiada bukti kukuh menunjukkan soya boleh menyebabkan atau menggalakkan pembesaran cyst malah kanser!
 
 
Tiada masalah mengambil produk soya, namun mestilah berhati-hati terhadap perkara berikut:
 
1. Pastikan soya yang minum berasal dari soya tulen, bukan soya yang telah diubahsuai genetiknya.
 
Sekarang ni memang banyak makanan telah diubahsuai genetiknya (GMO) termasuklah soya. Bahaya jika kita mengambil produk yang telah diubahsuai genetiknya ini ialah, ia bukan lagi produk tulen dan semulajadi, ia telah berubah struktur dan genetiknya, lalu boleh menyebabkan alergi, kanser dan sebagainya.
 
2. Pastikan soya tersebut di proses dengan cara yang betul
 
Soya tidak boleh di basuh menggunakan alkohol, namun banyak kilang menggunakan alkohol untuk membasuh soya.
Soya mesti di basuh dengan air untuk mengekalkan khasiat dan zat yang ada di dalamnya.
 
Soya tidak boleh di panaskan pada suhu terlalu tinggi, molekul proteinnya akan musnah, namun kebanyakan minuman soya di jerang, direbus dalam periuk sampai menggelegak.
 
3. Pastikan protein soya yang kita minum mempunyai lengkap 9 asid amino perlu.
 
Kebanyakan produk di pasaran tidak membekalkan kesemua 9 asid amino perlu ini.
 
Asid amino perlu ialah asid amino yang badan kita tak boleh hasilkan sendiri tapi badan sangat memerlukannya. Ia mesti di dapatkan dari pemakanan.
 
 
Ramai yang tertanya-tanya mengenai soya mengandungi phytoestrogen. Jadi dikhuatiri apabila kita makan phytoestrogen, maka hormon estrogen pun akan meningkat.
Jom sya perkenalkan anda kepada jenis-jenis -trogen.
Ada 3 jenis -trogen iaitu :
1 – Estrogen
2 – Phytoestrogen
3 – Xenoestrogen
Walaupun nama “ strogen” macam sama ketiga-tiganya, namun kumpulan mereka adalah berbeza antara satu sama lain.
Estrogen
Estrogen yang paling merbahaya yang boleh merosakkan sel-sel badan wanita dan menyebabkan penyakit seperti kanser, cyst dan fibroid.
Estrogen kebiasaannya datang dari botol plastik, bekas makanan styrofoam dan semburan pewangi sintetik.
Punca utama pembentukan cyst ialah estrogen dominance. Ada banyak faktor menyebabkan berlakunya estrogen dominance dalam badan seseorang termasuklah:
·                     Obesiti – lemak sendiri menghasilkan estrogen!
·                     Diet tinggi lemak – semakin banyak lemak di makan, badan semakin banyak lemak dan semakin tinggi aras estrogen
·                     Diet yang kurang serat
·                     Organ hati tidak berfungsi dengan baik
·                     Kurang makan sayur dan buah
·                     Kurang aktif
 
Baca sini mengenai Estrogen 
 
PHYTOESTROGEN
Apabila Estrogen meningkat dalam badan kita, ia akan menyebabkan sel sangat cepat bertukar ganti.
Apa keburukan bila sel cepat bertukar ganti?
Ini yang akan menyebabkan sel menjadi ‘abnormal cell’ atau sel yang tidak normal atau sel yang cacat.
Dalam kes Estrogen terlalu tinggi menyebabkan sel bertukar ganti dengan sangat cepat, sel akan jadi tidak normal
dan ini akan menyebabkan ketumbuhan seperti cyst dan fibroid semakin membesar.
PHYTOESTROGEN
Phytoestrogen pula mempunyai kadar tukar sel yang sangat rendah. Apabila kita makan phytoestrogen, tindakan tukar ganti sel tadi adalah lebih rendah.
 
Phytoestrogen tidak sama seperti Estrogen biasa. Ianya hanya didapati dari tumbuh-tumbuhan dan bebas dari
kolesterol.
Soya walaupun ada phytoestrogen, ia dalam kuantiti yang amat rendah dan tidak mampu menggantikan estrogen dalam badan manusia. Namun, mereka yang mempunyai estrogen dominance tidak digalakkan mengamalkan minum soya
 
 
 
Jadi kesimpulannya, amalkanlah soya kerana ia baik untuk kesihatan. Lagi bagus, pilihlah soya ESP Shaklee. Sebab dah terbukti mereka yang amalkan soya dalam jangka masa panjang mempunyai kesihatan yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge