Amalan Pemakanan Yang Baik Untuk Ibu Mengandung

Tips

Makanan yang halal dan berkhasiat penting untuk tubuh dan rohani yang baik. Apatah lagi untuk ibu mengandung.Pemakanan yang baik  akan mempengaruhi jiwa anak yang bakal dilahirkan.

Antara pemakanan yang baik untuk ibu mengandung
1. Sayur-sayuran
Semasa trimester pertama kehamilan memang ramai ibu hamil akan mengalami gejala loya dan muntah muntah atau lebih dikenali sebagai morning sickness.Jika ibu ibu mempunyai keadaan yang sama,banyakkan pengambilan sayuran berdaun
hijau kerana ia kaya dengan pelbagai zat untuk ibu dan bayi.

Sayur sayuran dapat membantu mengurangkan rasa mual dan sangat berkhasiat dengan vitamin dan zat besi yang diperlukan untuk pembentukan haemoglobin (HB) dalam badan.

Bagaimanapun ibu ibu  perlu memastikan sayur sayuran yang hendak dimakan semasa hamil telah dimasak dengan baik.Sayur yang tidak disediakan dengan betul boleh mendatangkan kemudaratan seperti terkena cirit birit pula. 

2. Produk tenusu (Diperbuat dari susu)
Semua produk yang diperbuat dari susu kaya dengan protein untuk kegunaan ibu hamil.Sangat penting bagi ibu ibu  untuk memastikan bekalan protein dan kalsium yang tinggi semasa mengandung cukup untuk keperluan seharian. 

Antara fungsi protein dari produk tenusu untuk ibu ibu semasa hamil ialah

1. Pembinaan jaringan sel bayi
2. Memulihkan jaringan yang rosak
3. Bahan mentah untuk membina otot.
Selain protein, kalsium yang banyak boleh diperolehi daripada hasil tenusu.Bekalan kalsium yang mencukupi semasa hamil penting
1.  Dalam pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan
2.  Dan mengelakkan tulang ibu reput (osteoprosis) kerana bayi mengambil dari ibunya.
Antara produk tenusu yang baik untuk di makan semasa hamil adalah seperti keju, yogurt, susu.Ibu ibu mestilah memastikan produk tenusu ini telah pun dipasteur terlebih dahulu supaya ia selamat dimakan semasa hamil.

 

3. Buah-buahan

Kebanyakan ibu ibu hamil tidak ada selera untuk  makan pada peringkat awal kehamilan.Kebanyakan
antara ibu hamil hanya  buah-buahan yang boleh diterima oleh tekak mereka.

Oleh itu teruskan makan buah-buahan kerana ia membantu meningkatkat stamina dan membekalkan tenaga.Selain boleh dimakan begitu sahaja, buah juga boleh diolah menjadi jus, sald dan smoothies.

Buah banyak kandungan serat yang membantu menigkatkan metabolisme dan kekebalan badan.

4. Bijirin

Makan bijirin setiap hari amalan yang baik untuk ibu hamil.Ini kerana bijirin mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan kalsium yang diperlukan bagi menyokong aktiviti ibu hamil dan keperluan khasiat janin dalam kandungan.

5. Kekacang

Khasiat kekacang memang baik kepada ibu hamil terutama di awal kehamilan. Kekacang
kaya dengan kandungan protein yang membekalkan tenaga untuk ibu.

Selain dari itu kandungan asid folik dan vitamin B juga memang diperlukan untuk perkembangan sistem saraf bayi.

6. Makanan laut

Pembentukan otak janin bermula sejak awal kehamilan.Oleh itu ibu ibu hamil disarankan untuk banyakkan makan makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan tinggi protein bagi membantu pembentukan otak janin seperti ikan, udang, sotong.

Cukup rasanya perkongsian sya untuk kali ini.Semoga memberi manfaat buat ibu ibu hamil dan yang merancang untuk hamil ye.Semoga sama sama kita menjaga kandungan kita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge