AMALAN SURAH-SURAH UNTUK IBU MENGANDUNG

Uncategorized
Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu hamil ialah berzikir mengingati Allah S.W.T serta memperbanyakkan membaca Al-Quran . Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan.
Apa yang kita amalkan tu bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk bayi dalam kandungan juga. Sebab tu kalau tengah mengandung kita kena jaga tingkah laku kita. Bukan bakal ibu sahaja yang kena jaga tingkah laku tau, malah bakal bapa juga perlu memainkan peranan mereka.
Untuk artikel hari ni saya akan share sikit beberapa tips untuk kaum bapa selain daripada 8 amalan surah ketika mengandung.
Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bakal bapa ni haruslah melakukan beberapa perkara yang baik2 sepanjang isterinya mengandung. Lagi pun isteri tengah mengandung, emosi isteri ni tak berapa stabil. Mereka memerlukan lebih perhatian daripada suami yang penyayang.
Amalan Untuk Bakal Bapa
·
Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih dan sayang
terhadap isteri.
·
Hendaklah berlaku jujur dan setia kepada isteri
serta hindari bersikap kejam terhadap isteri
·
Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang
berlaku sebelum masuk tidur
·
Suami hendaklah kerap bersolat sunat
·
Suami hendaklan sentiasa doakan agar isteri dan
anak dalam kandungan selamat
·
Suami memperbanyakkan lagi puasa sunat
·
Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan
membaca doa berikut :
la
ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzilimin
Bagi bakal ibu pula, anda juga perlu menjaga kesihatan dalaman dan juga luaran. Bakal ibu perlu pandai mengawal emosi dan jangan terlalu mengikut nafsu untuk melakukan sebarang tindakan.
Amalan Untuk Bakal Ibu
·
Sentiasa panjatkan doa pada Allah s.w.t
·
Sentiasa bertaubat dan beristigfar kepada Allah
s.w.t
·
Rajin solat wajib dan memperbanyakkan lagi solat
sunat
·
Banyakkan berzikir
·
Banyakkan membaca Al-Quran
·
Berbual – bual dengan anak yang berada dalam
kandungan
·
Lakukan kerja2 ringan di rumah sebagai senaman bagi
memudahkan proses kelahiran
·
Kawal emosi dan jangan stress
·
Menjaga adab
·
Makan makanan yang halal, baik dan berkhasiat
·
Jauhi sifat dendam, dengki dan tidak baik
·
Rajin mengukirkan senyuman
·
Jaga aurat
Bila kita mengandung, kita perlu sihat dan anak dalam kandungan juga memerlukan segala jenis nutrisi dari ibunya. Jangan terlalu mengikut hati, nanti boleh bahayakan kesihatan sendiri dan bayi dalam kandungan.
Selain tu, perkara yang tidak boleh kita tinggalkan sepanjang mengandung ialah berdoa dan mengaji. Setiap hari kita kena buat 2 benda tu. Kita perlu minta kepadaNya.
Sebab Allah maha pemberi, mintalah apa sahaja tanpa rasa jemu.
Antara 8 Surah Amalan Ketika Mengandung Yang Bagus Untuk Dibaca Setiap Hari adalah seperti  :

Untuk melahirkan bayi yang soleh, sihat dan bijak. Semuanya bermula dari kita ibu dan bapa. Semoga perkongsian saya hari ni memberi beberapa tips berguna untuk kita semua.

Selain itu ibu hamil juga perlu menitik beratkan soal pemakanan…jangan sesekali lupakan VITAMIN KETIKA HAMIL...Ibu dan bayi memerlukan nutrisi secukupnya untuk kesihatan ibu dan juga penting untuk perkembangan bayi…
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibu-ibu hamil semua…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge