Angin Dalam Badan Buatkan Kita Rasa Tak Selesa

Tips

 

Mesti ramai antara kita pernah alami masalah angin dalam badan ni kan.Kalau bukan kita sendiri pun mesti pernah tengok orang berdekatan yang alami masdalah ni kan.Angin dalam badan buksn lah penyakit sebenarnya.Cumanya angin dalam badan boleh menimbulkan masalah seperti ketidakselesaan perut atau kembung , pedih ulu hati , badan rasa lemah atau sakit , loya-loya , pening sakit kepala yang kuat dan ada  juga yang sakit di bahagian jantung sehingga kekadang rasa susah untuk bernafas.

Angin Dalam Badan

Antara punca angin dalam badan :-

Sumber Makanan – Punca utama angin dalam badan adalah di sebabkan oleh pemakanan seharian kita.Angin dihasilkan oleh badan apabila makanan yang kita makan tidak dapat dicerna atau dihadam oleh usus sepenuhnya.Makanan yang menghasilkan angin adalah makanan berasid seperti kekacayang, ,sayur kobis , bunga kantan , mee kuning , dan sayuran menjalar seperti keledek dan ubu kayu.

Udara yang di sedutAngin dalam badan juga boleh terhasil daripada udara yang masuk ke dalam mulut.Ini termasuklah udara yang kita gunakan untuk bernafas.ianya juga mungkin di sebabkan oleh tabiat melewatkan pengambilan makan, makan terlalu cepat , makanm sambil minum air , suka mengunyah gula-gula getah atau menghisap rokok.Tekanan juga dikatakan punca seseorang individu menelan udara dengan lebih kerap tanpa disedari.Udara tersebut akan masuk ke dalam badan kita dan seterusnya masuk ke dalam usus.

Tips Merawat Masalah Angin Dalam Badan

1. Menjaga pemakanan – Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan mungkin mempunyai kesan yang berbeza terhadap individu.Oleh yang demikian , pesakit perlu mengenalpasti makanan-makanan yang boleh menyebabkan masalah angin kepada dirinya.Selepas dikenalpasti , pastikan kita menjauhi / menghindari makanan tersebut.

2. Pengambilan ubat – Ubat-ubatan seperti antacid yang dijual di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin.selain itu , enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin.

3. Kurangkan menelan udara – Sesiapa yang mempunyai masalah angin dalam badan yang kronik dinasihatkan supaya tidak mengambil gula-gula getah.Selain itu dinasitkan juga supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak berborak semasa makan.Selain itu tidak digalakkan untuk tidak minum air semasa makan dan tidak elok sekiranya air diminum selepas makan.

4. Hindari makanan berisiko – Makanan/Minumam yang sejuk , berasid , bergas , dan mengandungi kafein.

 

Petua Mengurangkan Angin Dalam Badan

  • Buat senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan apabila bangun pagi
  • Amalkan minum segelas air suam sebelum makan
  • Jangan biarkan perut kosong.Makan sedikit tetapi kerap
Semoga perkongsian mengenai angin dalam badan ini bermanfaat untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge