Apam Polkadot

Uncategorized

Ni kisah 2 minggu lepas di mana kakak sya minta tolong berbayar untuk sya buat apam polkadot dan cup cake. Actually kakak sya cuma minta sya buatkan cup cake aje tapi di sebabkan nak lepaskan gian sya membaking maka sya pun buat la sekali apam polkadot ni.

Alah resipi mudah sangat.Macam biasa sya suka sangat dengan resipi dari blogger kak Azie Kitchen. In shaa Allah jika betul-betul ikut resipi kak Azie memang akan menjadi.Dah banyak resipi kek yang sya cedok dari blog kak Azie dan memang sangat menjadi.

Mohon kak Azie halalkan resipi yang sya dah pakai dan sya mohon panjangkan resipi kak Azie di blog sya ni yerk.

Apam Polkadot 

Resipi oleh : Azie Kitchen

3 biji telur sejuk (dari dalam peti ais)

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus

150 ml susu segar

3 sk baking powder

1 sk ovalette

Filling – ikut suka (coklat nuttella)

Pewarna – ikut suka (merah dan purple)

Masukkan telur satu persatu ke dalam mixer bersama gula (boleh guna gula pasir je), biar hingga telur benar-benar kembang, baru diikuti dgn ovellete, tepung yg telah bercampur baking powder dan akhir sekali masukkan susu segar. Pukul dengan kelajuan maksima hingga kembang (dlm lebih kurang 8 minit).

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih. Titiskan pewarna ke setiap satu mangkuk tersebut menggunakan warna berlainan ikut kesukaan anda.

Utk buat dot dot, ambil dalam 1/4 cawan dan dibiarkan warna asal. Kemudian masukkan ke dalam piping bag atau plastik biasa. Potong bucu utk kerja kerja membuat dot dot.

Picitkan/sudukan adunan berwarna ke dalam acuan kertas yang telah disusun dalam acuan lompang utk mengelak acuan dari mengembang ketika dikukus.

Letakkan filling secukupnya dengan menggunakan piping utk memudahkan kerja anda.

Picit lagi adunan berwarna sehingga penuh permukaan acuan kertas itu bagi mendapatkan apam yang montel.

Selepas itu bolehlah membuat kerja dot-dot ke atasnya dgn warna pilihan mengikut kreativiti sendiri.

Pastikan air pengukus betul-betul panas, baru masukkan adunan ke dalam pengukus.

Kukus dengan api yang perlahan, tutup pengukus dengan kain atau tuala untuk elakkan wap dari menitis ke atas apam selama 15-20 minit.

Pssss sorry pic tak senpat nak snap..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge