Kejang Kaki Ketika Hamil

Atasi Kejang Kaki Ketika Hamil Dengan OsteMatrix

osteMatrix Vitamin Ibu Berpantang Vitamin Ibu Menyusu Vitamin Untuk Hamil Vitamin Untuk Ibu Hamil Vitamin Untuk Ibu Mengandung Vitamin Untuk Tulang Vitamin Untuk Wanita

Pernah tak ibu-ibu hamil alami kejang kaki ketika hamil? Tengah syok-stok tidur memalam, tiba-tiba otot di bahagian betis mengeras dan sakit! Terus kita terjaga dari tidur. Bersabar la menahan kesakitan. Takleh gerak, takleh buat apa. Sakit! Terpaksa kejut En suami yang tengah di buai mimpi di sebelah minta tolong urutkan  😆

Masalah Kejang Kaki Semasa Hamil

Kejang kaki sebenarnya adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga.

Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur.

Walau bagaimanapun, kekejangan ini tak la sampai merosakkan otot atau kaki. Cuma, bila ia berlaku, ia akan menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit. Tidur pun jadi  tak nyenyak.

Punca Kejang Kaki Semasa Hamil

Salah satu punca berlaku kejang kaki semasa hamil adalah disebabkan kurangnya nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah.

Otot-otot kita akan menggunakan kalsium untuk mengecutkan otot manakala magnesium untuk merehatkan otot. Apabila kita kekurangan magnesium, otot-otot kita tidak dapat berehat secukupnya yang akan menyebabkan kepada kejang kaki terutamanya kejang kaki semasa hamil.

Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda ketika proses tumbesaran di dalam rahim.

Bayi memerlukan kalsium untuk tumbesarannya. Dari mana lagi dia nak dapatkan kalau bukan daripada badan ibu, kan? Jadi dia akan tarik kalsium daripada tabung kalsium ibu dalam tulang ibu untuk penuhi keperluannya.

Kalau ibu-ibu tak suka minum susu, lagi la masalah. Ada juga yang dah minum susu, tapi kaki tetap kejang. Tu maknanya belum cukup lagi la tu kalsium dan magnesium. Walaupun kita dah minum susu, itu tak bermakna keperluan kalsium dan magnesium kita telah pun mencukupi. Hakikatnya dengan meminum susu sahaja, ia belum cukup membekalkan keperluan kalsium dan magnesium kita. Apatah lagi ketika hamil yang mana memerlukan jumlah kalsium dan magnesium yang lebih tinggi daripada orang biasa.

Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan susu dan makanan yang kaya kalsium oleh wanita dewasa tidak akan mengurangkan risiko kerapuhan tulang pun.

Jadi nampak, kan? Kalau anda rasa minum 2 gelas susu sehari itu dah mencukupi untuk penjagaan tulang dan elakkan osteoporosis, dah ada kajian menunjukkan bahawa ia tak mencukupi dan tidak berkesan.

Kajian ini mendapati, walaupun dengan meminum susu dan mengambil supplemen kalsium ketika hamil, kuantiti kalsium yang diambil masih sedikit untuk keperluan wanita hamil.

Kalau dikeluarkan pengambilan susu dan supplemen, laaaaagi sikit kuantiti kalsium yang diambil.

Jadi bayangkanlah betapa perlunya ibu-ibu hamil untuk top-up pengambilan supplement kalsium ini untuk keperluan mereka sewaktu sepanjang kehamilan.

Pencarian supplement kalsium yang berkualiti ni penting tau sebab kita nak kesemua kalsium tu diserap oleh badan malah takkan meninggalkan apa-apa kesan sampingan di dalam badan akibat tidak cukup terserap.

Penting untuk kita cari supplemen kalsium yang siap ada magnesium dan Vitamin D bersama untuk bantu penyerapan kalsium ini.

Keperluan Kalsium dan Magnesium ibu-ibu hamil.

Ibu-ibu yang sedang hamil perlu memastikan mereka telah mengambil cukup nutrisi ketika mengandung. Ibu mengandung memerlukan 1200mg kalsium setiap hari!

Bagaimana untuk mendapatkan kalsium sebanyak ini setiap hari?

Selain daripada mengamalkan meminum susu, pelbagaikan juga makanan dan sayuran yang mengandungi banyak kandungan kalsium.

Kebiasaannya pemakanan sahaja takkan mencukupi. Jadi anda memerlukan bantuan makanan tambahan yang semulajadi dan terbukti berkesan seperti Ostematrix.

Ostematrix adalah supplemen Kalsium-Magnesium yang lengkap dengan Vitamin D dan mineral lain. Mineral-mineral lain yang terkandung dalam Ostematrix seperti boron, mangan dan zink akan bantu dalam kepadatan sel-sel tulang.

Ostematrix Shaklee ,

Kiranya bukan la 3 bahan je yang ada. Kalsium, Magnesium dengan Vitamin D. Tapi ada mineral-mineral lain yang akan bantu sihat dan kuatkan lagi tulang serta otot kita.

Kalau nak tahu, ini la antara keistimewaan dan kelebihan Ostematrix berbanding jenama kalsium yang lain! Ada banyak mineral lain yang best ni skali.

Vitamin D pulak sangat penting untuk penyerapan kalsium. Pil kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing! Tak pasal-pasal boleh dapat batu karang! Jadi kalau nak amalkan makanan tambahan kalsium, pastikan ia juga turut mengandungi Magnesium dan juga Vitamin D tau! Ia sangat penting untuk membantu penyerapan kalsium itu sendiri.

Yang terbaik tentulah Ostematrix kerana bukan sahaja mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D, malah dilengkapi dengan mineral-mineral lain yang tak ada macam dalam jenama kalsium yang lain.

Testimoni pengguna Ostematrix :

Kejang Kaki Ketika Hamil

 

Kejang Kaki Ketika Hamil 2

 

Kejang Kaki Ketika Hamil 3

 

Kejang Kaki Ketika Hamil 4

 

Kejang Kaki Ketika Hamil 5

 

Berminat untuk dapatkan Ostematrix Shaklee? Boleh hubungi  saya untuk sembang-sembang dan ketahui cara yang sebaiknya untuk mengamalkannya.

Pengedar Shaklee Shah Alam , Pengedar Shaklee Kota Kemuning

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge