Atasi Masalah Keputihan Dengan Alfalfa Dan GLA Shaklee

Vitamin Untuk Wanita
Anda mengalami masalah keputihan? Pasti tak selesa dengan keputihan kan? Terpaksa tukar panty liner banyak kali kan?
Apa itu Keputihan??
Keputihan ialah masalah keluaran lendir dari faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan merupakan masalah yang biasa dan kerap dihadapi di kalangan majoriti wanita.
Keputihan juga mampu membawa petanda kepada jangkitan kuman seperti syphils, gonorrhea atau lain-lain jangkitan. Ia juga mampu mengundang kepada penyakit yang lebih kronik lagi iaitu kanser pada bahagian peranakan seperti kanser serviks dan sebagainya.
Ianya tidak boleh diambil mudah kerana keputihan terdiri daripada dua keadaan samada keputihan normal mahupun keputihan berpenyakit.
Keputihan Normal: 
 
Kebiasaannya mengeluarkan lendiran berwarna jernih, tidak berbau dan tidak diikuti dengan rasa gatal. Keputihan normal juga kebiasaannya terjadi sebelum dan selepas haid, waktu sekitar
ovulasi, ransangan seksual dan stress.
Keputihan Tidak Normal: 
Warna lendir yang keluar agak pekat seperti warna susu basi, kuning atau kehijauan (mengikut tahap penyakit). Adakalanya berwarna coklat dan diirngi darah. Menimbulkan rasa ketidak selesaan
dan terjadi kegatalan, serta agak berbau.
Tanda-tanda pada keputihan tidak normal ini lah yang perlu diawasi kerana berkemungkinan ianya terjadi jangkitan kuman.
Statistik juga menunjukkan bahawa 75% wanita yang mengalami masalah keputihan ini adalah dari kalangan wanita yang telah berumah tangga. Ia juga berkemungkinan berpunca daripada aktiviti seksual di antara suami isteri.
Punca atau faktor yang boleh terjadinya keputihan..
1) Pada masa yang subur – Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.
2) Ketika hamil – Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.
3) Saat teransang – Lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual. Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.
4) Berat badan yang berlebihan – Apabila lemak terlalu banyak di kaki atau celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.
5) Minum/makan antibiotik dalam dos tinggi – Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid.
Antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik
dan menyebabkan keputihan.
Masalah keputihan tidak normal (berpenyakit) harus di atasi dengan segera. Ambil langkah pencegahan mahupun lakukan rawatan. Terus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mendapati tanda keputihan anda semakin teruk.
Sudah semakin tak selesa dengan keputihan yang anda alami? Tercari-cari produk yang bersesuaian dan tidak mendatangkan kesan sampingan?
Shaklee juga turut menyediakan produk yang dapat mengurangkan dan mengatasi masalah keputihan kita iaitu Alfalfa Complex dan Garlic Complex.
Atasi Masalah Keputihan
Alfalfa Complex – bersifat antikulat kerana kaya dengan klorofil. Juga menstabilkan kandungan asid dalam badan. Alfalfa juga membantu menyelesaikan masalah faraj yang longgar kerana ia bertindak seolah-olah seperti kacip fatimah. Alfalfa juga bertindak sebagai agen detox dalam badan yang membuang angin dan toksik.
Garlic Complex – Bahan alicin dalam garlic bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan antikulat yang boleh memusnahkan bakteria penyebab keputihan. Garlic boleh membantu masalah keputihan pada wanita hamil kerana wanita hamil tidak disarankan untuk mengambil alfalfa. Garlic boleh mengurangkan masalah gatal dan meningkatkan imun sistem
Jom rawat segera masalah keputihan ini sebelum ianya menjadi punca kepada masalah rumahtangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge