Bengkak Susu Semasa Dalam Pantang

Bengkak Susu Semasa Dalam Pantang Boleh Menyebabkan Demam

Tips

Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan bayi pasti akan mengalami masalah bengkak susu yang pastinya tidak dapat di elakkan.Sesetengan ibu mungkin bernasib baik kalau kena bengkak susu dalam sehari dua jer tapi ada yangsampai berminggu kena.Ada mummy yang kena bengkak susu sampai demam-demam dek kerana sakit yang teramat dekat cik b tu kan.

Pengalaman saya masa lahirkan Auni 4 tahun lepas memang alami bengkak susu sampai nak demam.Tapi kakak saya dengan cepat sediakan sya minuman tradisional yang membantu kurangkan masalah bengkak susu.Nak tahu apa yang saya amalkan??Tunggu,…Saya akan story di bawa nanti ye.Masa lahirkan adik Damia pun kena bengkak susu juga.Masa tu lagi teruk kot sampai nangis-nangis minta tolong encik suami.Tapi apa dia bole buatkan.hihihi.Yang pasti tengah malam saat orang nyenyak tidur di ulit mimpi saya gigih pump susu untuk kurangkan bengkak sampai satu malam je boleh dapat 2 botol penuh.Ni semua gara-gara Damia yang lebih minat tidur dari menyusu..haha

Pada awal kelahiran banyak kolestum yang terhasil.Susu pekat kekuningan yang sangat tinggi khasiatnya yang sangat mencukupi untuk keperluan bayi.Lama kelamaan kelenjar susu akan mula menghasilkan susu yang banyak mengikut demand bayi.Darah dan cecair limf ayang berlebihan yang ada dalam tisu payudara akan menyebabkan payudara mula membesar , lebih berat dan mengeras. Perkara ini biasa terjadi tidak lama.Selalunya selepas satu atau dua minggu payudara akan lebih lembut seperti sediakala dan tidak mengeras walaupun susu banyak.

Adakah bengkak susu bahaya??

  • Bengkak susu boleh menyebabkan kesukaran untuk bayi kita menyusu
  • Puting susu boleh sakit dan merekah.Ini di sebabkan oleh bayi kita yang mencuba banyak kali untuk melekap pada payudara yan membengkak tapi tidak berjaya.Boleh klik sini untuk ketahui cara merawat puting merekah semasa penyusuan.
  • Sekiranya semakin teruk ia boleh menyebabkan salur susu kita tersumbat dan boleh menyebabkan jangkitan payudara yang dikenali sebagai mastitis

Cara mengelakkan bengkak susu :

  1. Susukan bayi sebaik sahaja selepas kelahiran bayi.Susukan sekerap yang mungkin sekurang-kurangnya 2 jam sekali.
  2. Pastikan payudara di kosongkan sepenuhnya pada.Bagi bayi menyusu pada sebelah payudara sahaja pada satu-satu masa.Susukan bayi pada payudara sebelah lagi pada sesi penyusuan seterusnya atau pada sesi yang sama sekiranya bayi masih mahu menyusu.
  3. Pastikan lekapan bayi adalah betul.Ini untuk memastikan bayi dapat menyusu dengan optimum dan susu dapat mengalir dengan lancar dan dapat kosongkan payudara sepenuhnya.
  4. Pastikan payudara kita lembut untuk bayi menyusu.Sekiranya payudara mengeras ( tanda susu penuh) kita boleh perah dahulu (teknik marmet) sedikit dan kemudin baru susukan bayi
  5. Tuamkan tuala suam pada payudara setiap kali sebelum proses penyusuan.Ini bertujuan untuk memudahkan pengaliran susu ibu keluar.
  6. Elakkan memakai bra yang terlalu ketat kerana ia akan mngurangkan pengaliran susu melalui salurnya dan boleh menyebabkan salur susu tersumbat.
  7. Elakkan memberi bayi puting ataupun botol pada awal kelahiran kecuali atas sebab masalah yang tidak dapat di elakkan seperti bayi terpaksa di tahan di wad dan sebagainya.
Cara Tradisional merawat bengkak susu :

Sekiranya anda tertanya-tanya apa yang saya amalkan ketika bengkak susu melahirkan Auni dulu ialah saya minum air daun inai dan sirih yang di rebus.Memang sangat berkesan cara itu sebab selepas saya minum tu memang tak kena dah bengkak susu sampai nak demam tu.

Selain tu ada juga yang gunakan kelopak kobis dengan meletakkan pada bahagian yang bengkak, saya tak amalakan sebab ada yang mengatakan dengan kobis juga boleh buatkan susu ibu menjadi kurang.

Ada petua lain yang saya dengar menggunakan akar pokok nangka.Caranya asah akar tersebut pada bahagian belakang pasu.Letak sedikit air semasa mengasah akar tu ye.Akhir sekali sapulah air asahan tadi pada kawasan payudara yang bengkak.Tapi zaman sekarang di kota raya ni mana nak dapat kan akar pokok nangka tu.

Saya ada cara mudah yang boleh amalkan untuk membantu masalah bengkak susu.Boleh klik link ini untuk mengetahui apa yang boleh membantu kita atasi bengkak susu dengan mudah dan selamat.

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu baru yang mengalami masalah bengkak susu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge