Buasir Ketika Hamil.Bagaimana Cara Untuk Merawatnya?

Vitamin Untuk Buasir Vitamin Untuk Ibu Hamil Vitamin Untuk Ibu Mengandung

Buasir boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengenal usia. Selalunya buasir dikesan pada golongan dewasa yang berusia 30 tahun ke atas. Buasir juga biasa berlaku kepada wanita hamil. Apakah tips merawat buasir ketika hamil?Bagaimana cara untuk merawatnya ?

 
Buasir sering dikaitan dengan kesukaran membuang air besar atau sembelit. Perubahan hormon progesteron ketika hamil akan menyebabkan otot otot pencernaan menjadi lemah.
 

 

Bagaimana Buasir Ketika Hamil Boleh Berlaku?
 
Dikatakan 1 daripada 10 wanita hamil akan mengalami sembelit dan buasir. Ketika hamil, berat badan semakin bertambah seiring tumbesaran bayi. Hormon progesteron yang tinggi ketika hamil juga akan menyebabkan dinding salur darah mengendur. Saluran darah di bawah rahim pula mungkin mengalami tekanan daripada berat bayi yang semakin membesar. Disamping itu, berdiri telalu lama dan sering mengangkat barang berat juga mudah mengalami buasir ketika hamil.
 
Semua faktor ini akan mengakibatkan berlaku tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.
 
Diantara tanda tanda anda mengalami buasir ialah:
?Keluar darah dari dubur ketika membuang air besar.
?Terasa ketulan terkeluar dari dubur.
?Mengalami gatal gatal disekeliling dubur.
 

Jenis Jenis Buasir

Buasir terbahagi kepada 2 jenis dan mempunyai simptom yang berbeza iaitu:
 
?Buasir Luaran – Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Pesakit akan mengadu
sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.
 
?Buasir Dalaman – Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu
terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.
 

Bolehkah Buasir Ketika Hamil Sembuh?

 
Menurut pengalaman pengalaman ibu ibu yang pernah mengalami buasir ketika hamil, buasir ini akan sembuh selepas melahirkan. Namun ibu ibu perlu berhati hati kerana ramai juga yang mengalami masalah buasir selepas
bersalin akibat takut dan risau untuk membuang air besar. Terutamanya ibu ibu yang mengalami koyak yang banyak ketika melahirkan.
 

Tips Merawat Buasir Ketika Hamil

 

#1. Kerap buang air besar.

Untuk mengurangkan rasa sakit, pesakit digalakkan untuk
membuang air besar sekerap mungkin. Ini bertujuan untuk memastikan najis tidak
sempat mengeras.
 

#2. Banyakkan minum air kosong.

Air kosong amat bagus untuk mengatasi sembelit. Air yang mencukupi di dalam badan boleh membantu melembutkan najis. Disamping itu pengambilan buah buahan dan sayur sayuran tinggi kandungan serat juga bagus
untuk melancarkan pembuangan najis.
 

#3. Cuci dengan kerap.

Kebersihan di sekitar dubur amat penting. Gunakan sabun yang sesuai untuk memastikan kawasan tersebut sentiasa bersih. Lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkan sekitar dubur. Sekiranya menggunakan tisu, pastikan tisu tersebut tidak mempunyai bau.
 

#4. Mandi air panas.

Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
 

#5. Letakkan pek ais.

Pek ais boleh membantu untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
 

#6. Tolak buasir masuk.

Jika terdapat ketulan yang terkeluar, cuba tolak ia masuk secara perlahan lahan menggunakan jari yang bersih. Sekiranya anda berjumpa doktor, mereka akan memberi ubat sapu atau ubat supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan. Walaupun terdapat pelbagai jenis ubat ubatan yang dijual dipasaran untuk merawat buasir, namun sebagai wanita hamil, anda perlu berhati hati memilih ubat yang sesuai dan selamat.
 
Di sini saya ingin kongsikan pengalaman seorang ibu yang mengalami masalah buasir ketika hamil. Apa yang beliau lakukan untuk atasi masalahnya? Jom ikuti kisah beliau selanjutnya dalam video ini.
 
 
 
 
Rawatan Buasir Ketika Hamil Menggunakan Supplement Shaklee
 

Set Buasir Shaklee

 
1. Ostematrix
 Ostematrix bukan sekadar kalsium biasa. Di dalam Ostematrix terdapat juga mineral lain seperti Magnesium untuk membantu memaksimakan penyerapan kalsium ke dalam tulang .
 
Di samping itu, ia juga mempunyai fungsi unik yang lain iaitu untuk membantu melawaskan pembuangan kita iaitu :
?Ia membantu melegakan dan melembutkan otot usus dan menyebabkan pergeratkan otot usus menjadi lebih lancar.
?Ia membantu menarik air kedalam usus. Ini akan menyebabkan kandungan air di dalam usus bertambah seterusnya membantu melembutkan bahan buangan.
 
2. Omegaguard
Baik untuk sendi dan otot. Sekiranya sembelit menjadi teruk hingga buasir, ibu hamil akan mengalami kesakitan akibat dari tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
 
3. B Complex
Menurut buku “Vitamin Bible For The Twenty-First Century” oleh Earl Mindell. ia mengatakan bahawa, apabila berlakunya sembelit, ia menunjukkan petanda bahawa tubuh seseorang itu kekurangan Vitamin B Complex.
 
4. ESP
Protien soya berkualiti tinggi membantu penghadaman, melembutkan najis, memberi tenaga kepada ibu hamil serta melegakan sembelit.
 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk ibu-ibu hamil yang juga menghadapi masalah buasir ketika hamil. Jangan tertekan tetapi banyakkan bersabar dan ikhtiarkan jalan penyelesaiannya.Sekiranya ibu-ibu berminat untuk dapatkan SET BUASIR ni, boleh dapatkan dari saya pengedar sah Shaklee anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 017-4205506
Klik di bawah untuk pembelian secara online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge