Cara Atasai Gatsrik Tanpa Ubat

Cara Atasi Gatsrik Tanpa Ubat

Energizing Soy Protein (ESP) osteMatrix Peppermint Testimoni Tips

Anda ada masalah gastrik ? Sedang cari cara atasi gastrik tanpa ubat ?Sebelum tu jom kita kenali dulu apa itu gastrik 

Apa itu Gastrik?

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

BAGAIMANA GASTRIK TERJADI?

Secara mudahnya, perut kita  umpama kipas, berlipat-lipat sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat-lipat, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut untuk bantu pencernaan dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.

Apakah simptom yang dialami pesakit gastrik?

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Sumber: Utusan Malaysia

10 Tanda Gastrik Yang Anda Perlu Tahu

1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
2. Rasa senak, berangin atau pedih.
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
9. Hilang selera makan
10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Bagaimana untuk merawat gastrik??

Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk merawat gastrik.

  1. Minum susu.
    Susu adalah peneutral terbaik kepada lapisan perut kita yang berasid. Susu boleh membantu meneutralkan asid dalam perut dengan cepat. Ada juga yang mengamalkan susu pekat manis untuk melegakan gastrik, namun susu pekat manis  mengandungi krimer bukan tenusu dan pemanis tambahan yang mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang.
  2. Makan pisang.
    Pisang adalah salah satu buah-buahan yang berPH tinggi (beralkali) dan boleh membantu meneutralkan asid dan menghasilkan mukus yang boleh melindungi dinding perut daripada asid dalam perut.
  3. Menggigit bunga cengkih.
    Menggigit bunga cengkih merangsang penghasilan air liur yang boleh membantu penghadaman. Dengan membiarkan seketika di dalam mulut, akan membantu memberi kelegaan kepada pesakit gastrik.
  4. Minum air halia
    Air rebusan halia  atau  air rendaman halia yang ditumbuk boleh membantu pesakit gastrik membuang angin yang menyebabkan perut merasa tidak selesa dan kembung. Amat mujarab untuk membuang angin  serta merta dan membantu melegakan gastrik dan pedih ulu hati.
  5. Makan bawang putih bakar
    Bakar sebiji bawang putih bersama kulitnya selama 1-2 minit, kemudian buang kulit dan basuhkan sedikit bahagian hitamnya dan kunyah begitu saja. InsyaaAllah, berkesan walaupun agak tidak sedap rasanya. Bawang putih memang membantu melawaskan dan membuang angin akibat gastrik.
  6. Minum air 3 liter sehari
    Pastikan anda minum air masak 3 liter sehari. Cara yang paling mudah untuk pastikan air yang anda minum dah cukup atau tak,  gunakan botol air untuk sukat. Dan pastikan 3 liter air masak habis dalam masa satu hari. Jika badan kita cukup air, badan kita akan dapat berfungsi lebih baik. Jadi, minumlah air masak secukupnya. Untuk setiap 25 kg berat badan kita, air yang diperlukan adalah 1 liter. So kalau berat dalam 75kg dan kebawah 3 liter memadai.

Kali ni Fisya nak kongsi pula perkongsian daripada kak Ma. Boleh rujuk sumber asal cerita ini di Supermom Shaklee Story.

16 Tahun Kak Ma Menghidap Gastrik

Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh. Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun. Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.

Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik. Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat,selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik. Kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan,pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan. Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.

Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk sembuh terus sakit gastrik, Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.

Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik. Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk sakit gastrik. Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan. Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tak boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.

Ini lah Set Gastrik yang kakma Ambil.

Set Gastrik Shaklee

Energizing Soy Protein –ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.

Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dgn vitamin gastrik ni. Kakma kongsi pengalaman kakma sendiri dan harap dapat beri kebaikkan buat semua yg ada masalah seperti kakma.

Jom tengok pulak video perkongsian Kak Ma                                      

 Alhamdulillah kan, jadi pada rakan-rakan di luar sana yang menghadapi masalah yang sama, jangan biarkan kesakitan terus berlaku pada kita. Bantu diri dengan Set Gastrik Shaklee ini.  Dapatkan daripada Fisya sekarang dengan whatsapp 0174205506 untuk bantuan dan pembelian. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge