Cara Melambatkan Menopause

Cara Melambatkan Menopause

GLA Complex Vitamin Untuk Wanita
Mesti anda dah biasa dengar menopause atau putus haid. Menopaus biasanya berlaku pada
wanita yang sudah berusia. Namun begitu ianya juga boleh berlaku pada usia yang lebih muda iaitu kurang dari 50an. Jom baca lebih lanjut tentang menopaus.
 
 
 

Apa itu menopause?

* Tiada lagi mengalami kedatangan haid
* Tidak boleh lagi mendapatkan zuriat
* Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur-ansur atau tidak tetap
 

Bila menopause berlaku?

 
Menopause biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun  dan
purata pada umur 50 tahun.
 
Persoalanya, bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?
Ya. Ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun, dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar 1% dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :
 
* Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
* Penyakit-penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn’s disease
* Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia
* Jangkitan viral
* Kebanyakan sebab-sebab masih belum diketahui.
 
 

 

GLA Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopause ataupun yang telah menopause. Bagaimana GLA Complex
Shaklee membantu wanita-wanita ini?
 
1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopause.
 
2- Bagi wanita yang mengalami menopause awal (pre-menopause) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana GLA membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.
 
3- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.
 
4- Wanita menopause yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.
 
5- Pertambahan berat wanita menopause juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex. GLA membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.
 
Jadi, GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi menopause.
 
 
Untuk belian terus ke shaklee boleh tekan button di atas dan kalau perlukan khidmat COD di kawasan Shah Alam boleh contact sya seperti talian di bawah
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge