Cara Mengatasi Masalah Berdengkur

Cara Mengatasi Masalah Berdengkur Dengan Mudah Dan Berkesan

Tips

Mesti ramai yang pernah rasa sakit hati bila suami tidur berdengkur kuat macam nak roboh katil sampai kita tak dapat tidur semalaman? Masa itu mesti terfikir macam-macam petuakan untuk pastikan berhenti berdengkur?

Fahamkan Dulu Kenapa Masalah Ni Terjadi?

Sebelum kita teruskan kepada petua untuk berhenti berdengkur. Haruslah dulu kita faham kenapa ada orang tidur berdengkur. Betulkan dulu persepsi kita. Lepas kita faham dari rasa nak marah mesti akan timbul rasa simpati pada golongan ini. Terseksa sebenarnya bila tidur berdengkur ini.

Sebenarnya setiap orang memang pernah berdengkur dalam tidur. Ini adalah proses semulajadi. Ia terjadi kerana saluran tekak dan hidung kita tak dapat membebaskan udara secara lancar ketika tidur.

Bila udara ini tidak dapat dibebaskan secara sempurna, tisu-tisu di sekeliling saluran tekak dan hidung itu akan bergetar dan menghasilkan bunyi. Begitulah terhasilnya dengkuran ketika tidur.

Penting juga untuk kita ambil tahu. Berdengkur juga adalah petanda kita mungkin menghadapi masalah sleep apnea. Satu keadaan apabila seseorang kerap terhenti bernafas semasa tidur. Setiap kali berlaku, pernafasan mungkin akan terhenti selama 10 saat atau lebih. Sungguh membimbangkan!

Tips dan Cara bagi Mengatasi Masalah Berdengkur ini. Bolehlah anda cuba bersama pasangan anda nanti tau!!

UBAH POSISI TIDUR

Apabila lidah, langit-langit, tonsil atau otot dibelakang kerongkong kita saling bersentuhan akan menyebabkan salah satu faktor kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur juga menyumbang ke arah masalah ini. Ini kerana apabila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.

So, bagi mengelakkan masalah ini, adalah lebih baik jika kita mengamalkan tidur mengiring. Dan tidur mengiring ke sebelah kanan adalah lebih afdal.

tidur mengiring

 

TURUNKAN BERAT BADAN

Masalah obesiti dan berat badan berlebihan juga adalah salah satu punca berdengkur. Ini kerana orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur.

Bagi mengatasi masalah ini, langkah terbaik yang boleh dilakukan adalah cuba kurangkan berat badan. Apabila berat badan dapat dikurangkan, lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong juga boleh dikurangkan.

HINDARI UBAT PENENANG/SEDATIF

Apa-apa jenis ubat penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

HIDU WAP AIR PANAS SEBELUM TIDUR

Salah satu daripada punca berdengkur adalah hidung tersumbat. Jadi sebelum tidur apa yang boleh anda cuba lakukan adalah hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.

HABUK

Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Selain itu boleh juga dipasang ‘air filter’ didalam bilik supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.

ATASI TIDUR BERDENGKUR SEBELUM IA MENJADI LEBIH SERIUS !!!

Jangan ambil mudah dengan keadaan berdengkur. Berdengkur juga boleh menandakan anda mempunyai penyakit tau. Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur. Seseorang dengan sleep apnea (1) sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya. Sleep apnea (2) seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge