cara mengatasi masalah mata panda

Cara Mengatasi Masalah Mata Panda

Youth Restoring Eye Treatment Youth Shaklee

Tidur lambat atau mendapati tidur yang tidak mencukupi akan membuatkan mata kelihatan sembap serta menimbulkan masalah lingkaran hitam dibawah mata atau lebih terkenal dengan pangilan mata panda 😆 . Jika tidak atasi masalah mata panda ini sekarang, anda mungkin mengalami kedutan kekal dibawah mata.

Antara faktor penyebab terjadinya mata panda atau lingkaran gelap bawah mata  ini adalah:

  1. Keletihan pada mata – Mata yang tidak cukup rehat akibat kurang atau susah hendak tidur akan menjadikan kulit kelihatan lebih pucat dan lingkaran pada mata semakin jelas kelihatan
  2. Terdedah kepada sinar matahari – Terlalu kerap terdedah kepada sinar matahari boleh menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak melanin sehingga terjadinya penggelapan kulit di bawah mata
  3. Dehidrasi penyebab kekurangan cecair tubuh –Tubuh yang kekurangan bendalir akan menyebabkan peredaran darah dalam tubuh tidak lancar. Ia mungkin boleh mempengaruhi pembuluh darah di bawah mata. Pastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari
  4. Kesan akibat terlalu banyak memakai Make-up – Jika anda selalu memakai make-up, pastikan anda membersihkan make-up itu sebersih-bersihnya. Tidur tanpa membersihkan make-up terutama di sekitar kawasan mata boleh menyebabkan iritasi pada mata seterusnya menyebabkan mata menjadi bengkak
  5. Kekurangan nutrisi untuk mata –Pakar percaya bahawa kekurangan mineral di dalam tubuh seperti zat besi akan mengurangkan kadar pengangkutan oksigen di dalam darah yang boleh menyebabkan sekitar mata menjadi bengkak.
  6. Kesan sampingan masalah kesihatan – Masalah anemia dan masalah buah pinggang juga mungkin boleh menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata.
  7. Kesan sampingan preskripsi ubatan tertentu – Sesetengah ubatan boleh menyebabkan pembuluh darah membesar sehingga boleh menyebabkan kulit menjadi lebih gelap di bawah mata
  8. Ketagihan Alkohol – Pengambilan alkohol boleh menyebabkan dehidrasi tubuh dan menyebabkan kulit di sekitar mata menjadi lemah dan tenggelam.
  9. Merokok – Kesan merokok sebenarnya boleh melemahkan struktur kolagen yang berada di bawah mata. Ikatan kolagen yang lemah akan menyebabkan kedutan dan kulit kendur seterusnya menyebabkan kawasan sekitar mata menjadi lebih gelap
  10. Aktiviti penuaan semulajadi – Apabila usia semakin bertambah, kulit akan kehilangan paras kolagen yang turut melemahkan struktur kulit sekitar mata.

Cara mengatasi masalah mata panda yang anda boleh cuba :

Banyak faktor rupanya. Jika tak boleh nak elak semua, sekurang-kurangnya kita cuba elakkan sebahagian daripadanya.

Setelah mengetahui kenapa mata panda boleh terjadi, jom baca pula cara mengatasi masalah mata panda yang kita boleh amalkan.

#1 – Hilangkan mata panda dengan ais batu

cara mengatasi masalah mata panda 1

Ia merupakan alternatif utama untuk menghilangkan mata panda. Kesejukan ais batu mampu melembabkan kawasan sekitar mata dan mengurangkan kawasan mata dari menjadi gelap.

#2 – Hilangkan mata panda dengan Uncang teh

cara mengatasi masalah mata panda 2

Uncang teh yang telah digunakan, usah dibuang. Ia boleh digunakan untuk menghilangkan lingkaranggelap di sekitar mata. Letakkan di sekitar mata selama 10-15 minit.

#3 – Hilangkan mata panda dengan timun

cara mengatasi masalah mata panda 3

Ia mampu membuat kawasan sekitar mata menjadi lebih lembab. Ambil hirisan timun dan letakkan di atas mata selama 10 minit.

Anda boleh mengambil peluang ini untuk menutup mata dan berehat sambil menenangkan fikiran mendengar muzik kegemaran anda.

#4 – Hilangkan mata panda dengan tidur yang cukup

Punca utama mata panda adalah kerana kurang tidur. Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari. wah.. sleeping beauty gitu.

#5 – Hilangkan mata panda dengan banyakkan makan sayur dan buah

Sayur dan buah membekalkan nutrisi vitamin dan mineral untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin yang juga boleh menyebabkan terjadinya mata panda.

#6 – Hilangkan mata panda dengan mengurangkan pengambilan makanan segera

Jika anda sering mengambil sarapan dari sumber segera seperti sosej dan nugget misalnya, sering mengambil mee segera, saya cadangkan untuk mula menukar habit makan anda. Ini kerana ia juga boleh menyebabkan mata panda terjadi

#7 – Hilangkan mata panda dengan pengambilan suplemen tambahan

Suplemen juga boleh membantu memperbaiki kesan mata panda dari dalam secara nutrisi. Antara nutrisi penting untuk penjagaan mata dan mengelakkan kesan mata bengkak, sembab, lingkaran gelap bawah mata atau mata panda ialah:

  1. Kolagen: Seiring dengan peningkatan usia, pendedahan setiap hari kepada sinaran UV dan oksidan di sekeliling kita menyebabkan kulit menjadi kendur. Jadi, kolagen membantu memberi kekuatan dan menganjalkan kulit. Ia menghidratkan kembali kulit dan menyingkirkan lingkaran hitam di bawah mata.
  2. Protein: Di dalam protein terdapat amino asid yang disebut L-lisin dan L-prolin yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam tubuh.
  3. Vitamin E: Vitamin E adalah sangat penting untuk membantu kulit di sekitar mata untuk terus kekal sihat. Ia juga mampu mengurangkan dan menghilangkan lingkaran hitam di sekitar mata. Cuba sapukan vitamin E seperti membuat masker pada kawasan sekitar mata yang lebam. Nak lagi best, sapukan saja pada keseluruhan wajah sebelum anda tidur dan biarkan sehingga pagi.

Cara Atasi Lingkaran Gelap Bawah Mata atau Mata Panda

Untuk kaedah luaran yang lebih cepat dan berkesan bagi mengatasi masalah mata panda atau lingkaran gelap bawah mata ini, saya cadangkan Shaklee Krim Youth Restoring Eye Treatment

Youth Restoring Eye

Keistimewaan Shaklee Eye Treatment

  • Mengandungi campuran peptida unik yang ditunjukkan dalam kajia klinikal dapat mengurangkan kedutan sekitar mata, garis halus dan kedutan bawah mata seawal 7 hari
  • Kandungan botanikal
  • Mengurangkan mata sembab dan lingkaran hitam
  • Bantu menghaluskan kontur mata dan meganjalkan serta menghidratkan
  • 100% Vegan
  • Tanpa kekejaman dalam proses pembuatannya
  • Tidak di uji ke atas haiwan
  • Bebas paraben
  • Bebas gluten
  • Di uji oleh ahli dermatologi
  • Di uji oleh ahli oftalmologi

Krim mata Youth Restoring Eye Treatment ini 100% dari sumber tumbuh-tumbuhan, tiada paraben dan diuji oleh dermatologi. Menyegarkan mata, dan menyokong pembentukan kolagen juga.

Ia kecil, tapi powerful tau! Kesan seawal 7 hari, dengan penggunaan konsisten 2x sehari.

Fungsi eye treatment dari Shaklee ini ?

Youth Restoring Eye Treatment 1

  1. Memulihkan
  • Mengembalikan keanjalan kulit mata
  • Merangsang kolagen hasil campuran peptida unik
  • Melembapkan kulit dengan mengikat kulit pada air. Menyerap sehingga 1000x beratnya di dalam air untuk melembapkan
  1. Mengurangkan
  • Kedutan halus
  • Mata sembab
  • Mata Panda
  • Lingkaran hitam bawah mata
  • Crow feet
  1. Menyegarkan
  • Memastikan mata sentiasa segar
  • Mengurangkan kemerahan di kawasan kulit mata
  • Mengelakkan mata sembab

So, dapatkan YOUTH™ Restoring Eye Treatment Shaklee  ini daripada Fisya melalui dua cara;-

  1. Buat pembelian produk yang dipilih secara online di E-Sell Shaklee, (bayaran Debit Card & Credit Card diterima) atau
  2. Whatsapp Fisya melalui link ini http://fisya.wasap.my (017-420.5506) untuk membuat tempahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge