Cara Mengatasi Sembelit Ketika Berpantang

 

Sembelit ketika berpantang adalah satu perkara yang sangat merisaukan ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Sapa yang dah pernah alami mesti trauma kan. Wanita yang baru bersalin lepas bersalin mesti akan berasa ketakutan untuk membuang.Bagi yang pernah mengalaminya mesti tahu macam mana penderitaan ini. Untuk entry kali ini saya nak sharekan dengan semua cara mengatasi sembelit ketika berpantang

 

Kebanyakan ibu-ibu lepas bersalin akan berasa risau luka jahitan episiotomi yang belum sembuh dan sesetengah ini terkena buasir sebaik sahaja selepas melahirkan bayi. Alhamdulilah saya tidak pernah merasa sakitnya sembelit.

Apa yang saya lakukan untuk elak sembelit ketika berpantang??Jom teruskan pembacaan untuk ibu-ibu yang pernah mengalami sembelit ketika dalam pantang atau mummy to be yang tak nak rasa tersiksa dengan masalah sembelit.

Cara Mudah Untuk Mengatasi sembelit Ketika Berpantang

 

1. Minum air secukupnya

  • Biasa kan kita dengar dah minumair banyak tapi masih tidak cukup. Sebenarnya di mana setiap 25kg badan kita memerlukan 1 liter air, Jumlah keperluan air untuk seseorang antara kita adalah tidak sama.
  • Air sangat di perlukan oleh ibu dalam pantang. Jangan percaya pada mitos yang mengatakan minum air yang banyak akan membuatkan rahim menjadi kembang.
  • Minum air yang banyak membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya
  • Membantu dalam proses nyahtoksin
  • Membantu dalam usaha menurunkan berat badan.
  • Mengurangkan serangan sakit kepala ( Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala)

2. Ambil lebih sayuran dan buah

  • Sayuran dan buah dalam diet seharian adalah penting kerana merupakan sumber serat.
  • Jangan terlalu straight untuk elak pengambilan sayuran dan buah ketika dalam pantang.
  • Tidak dinafikan ada sayuran dan buah yang tidak elok diambil ketika dalam pantang kerana bersifat angin dan sejuk yang boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi (jika bayi masih menyusu).
  • Sayur yang Saya amalkan sawi dan ulam pegaga sahaja, manakala buah pula Oren sunkist.

3. Jangan Takut untuk membuang Air

  • Ibu yang pertama kalinya melahirkan anak sudah tentu tertanya-tanya. Tak pedih ke nak buang air kecil, nanti air kecil tak menyebabkan jangkitan ke? nak buang air besar tak koyak ke jahitan, kang terbuka jahitan kena jahit lagi sekali? persoalan biasa sebenarnya, saya sendiri akui takut nak buang air besar buat pertama kalinya.
  • Tapi apa yang mengerikan saya ialah sembelit, lebih baik buang ketika naj*s masih lembut, jika disimpan terlalu lama akan jadi keras dan perlu meneran.

4. Elakkan pengambilan kopi atau minuman perisa coklat

  • Kopi dan hot coklat sesetengah ibu menjadi “milk booster” tetapi jika masih diawal berpantang sebolehnya elakkan, kerana boleh menyebabkan masalah sembelit bertambah rumit.
  • Najis akan bertambah keras jika minum kopi dan minuman perisa coklat.

5. Minum susu dan pengambilan vitamin

  • Susu yang tinggi kandungan kalsium adalah sangat penting dari sejak hamil lagi.
  • Selain itu sya mengambil 4biji ostematrix sebelum tidur sebagai pelengkap sumber kalsium magnesium. bangun pagi badan terasa ringan.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit

Jom Tengok Video Ibu Muda Ni. Katanya Dah Serik Nak Beranak Lagi. Apa Yang Membuatkan Dia Berubah Dan Beranak Lagi.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Setelah selesai menonton video ini mesti anda rasa teruja dan saya pun teruja sangat, kerana bukan sya seorang yang menikmati seronoknya berpantang sambil melayan karenah bayi yang baru menjengah dunia tapi ramai lagi yang dapat melayari tempoh berpantang dengan bahagia tanpa memikirkan sembelit.

 

Apa yang boleh saya kongsi sepanjang mengamalkan set shaklee ini adalah:

  • Saya berasa amat segar dan aktif,
  • Luka jahitan sembuh dalam masa seminggu,
  • Muka segar, tidak pucat.
  • Susu Badan Melimpah (Alhamdulillah) anak cepat kenyang/puas menyusu
  • Berat badan cepat turun.
  • Pembuangan najis yang lancar! tidak sembelit
  • Boleh di amalkan dari hari pertama sejurus melahirkan anak.

Tentu anda mahukan set bersalin yang betul-betul jimat dan berbaloi supaya tidak membazir dan selamat untuk ibu dan anak,Jadi tunggu apa lagi. Hanya perlukan satu tindakkan. Cepat hubungi saya dan kita boleh bercerita mengenai budget anda.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge