Uncategorized

Cara Mudah Hilangkan Batuk Semasa Hamil

Batuk ketika hamil sangat la memeritkan dan
menyeksakan. Apa lagi kalau batuk yang teruk, berkahak dan berlarutan sehingga
berminggu-minggu malah ada yang berbulan. 
Selain menyeksakan, lebih stress lagi, batuk sampai
terkencing pun ada. Itulah realiti ibu hamil yang terpaksa dihadapi.
Bahaya sebenarnya batuk sampai berkahak ni. Kerana
kalau tidak dirawat, lama-kelamaan kahak boleh dijangkiti.
Rasa tak tahan menahan batuk sampai rasa nak makan
ubat je.
Tapi, tak bahaya ke ambil ubat batuk semasa hamil?
Tak ada ubat yang 100% selamat untuk ibu hamil.
Ubat-ubatan ni mengandungi bahan kimia yang tak sesuai untuk perkembangan bayi
di dalam kandungan. Nasihat dari doktor pakar amat diperlukan sebelum ibu hamil
mengambil sebarang ubat.
Elakkan dan hindari daripada mengambil ubat-ubatan
terutamanya semasa trimester pertama kerana semasa 12 minggu pertama bayi ni,
adalah proses pembentukan organ-oragan utama badan. 
Jadi, apa nak buat untuk hilangkan batuk yang
menyeksakan ni?

 Cara Mudah Hilangkan Batuk Semasa Hamil

Banyak tips dan petua yang boleh anda cuba
sebenarnya. Ada yang berkesan, dan ada juga yang mungkin tak berkesan untuk
anda.
Di sini, saya akan berkongsi 5 Cara Mudah Hilangkan Batuk Semasa Hamil .
1. Minum banyak air kosong
Pastikan anda minum air kosong yang banyak dan
secukupnya untuk mengelakkan badan terhidrasi.
Pengambilan air masak yang secukupnya juga akan
melancarkan proses detoks iaitu membuang toksin dari badan.
2. Berkumur dengan air garam
Bancuhkan sedikit garam dan air suam.
Kumur dengan air garam ni, 2@3 kali sehari. Ini
akan membuatkan tekak anda merasa selesa.
Kumur ye, bukan telan terus.
3. Mandi dengan air panas
Caranya mudah sahaja. Pasang hot shower semasa
mandi, tapi tak perlu sampai berasap bilik mandi. Then, mandi macam biasa namun
lebihkan siraman pada bahagian belakang badan.
Ia akan membantu melonggarkan kahak yang melekat di
paru-paru dan senang nak hembus buang lepas tu. Apabila dapat buang mukus yang
banyak tu, barulah lega pernafasan dan hilang sakit kepala segala.
Lepas mandi, boleh sapukan minyak panas atau Vicks
pada belakang badan, tengkuk, dan kaki.
4. Limau nipis bersama madu / kicap
Caranya paling mudah.Perahkan beberapa titis jus limau nipis pada
sesudu kicap / madu untuk dijadikan ‘ubat batuk’ stail lama.
Cara ni memang
sangat berkesan.Saya sendiri menggunakan cara ni semasa batuk teruk beberapa
bulan lepas.
5. Ambil vitamin ibu hamil
Selain mengambil makanan yang seimbang dan
berkhasiat, sangat-sangat penting ibu yang hamil untuk konsisten ambil vitamin
kehamilan. Kerana semua sistem dalam badan kita akan bergerak dua kali ganda
daripada sebelum hamil.
Vitamin untuk ibu hamil secara tidak langsungnya
membantu untuk menguatkan sistem pertahanan badan ibu itu sekali, untuk melawan
virus dan bakteria. Bukan untuk batuk berkahak sahaja, malah untuk mencegah
dari jangkitan penyakit lain juga.
Digalakkan ibu yang hamil dan batuk untuk
ambil vitamin:
Multivitamin (Vitalea) – Mengandungi vitmain
dan mineral lengkap untuk tampung keperluan badan ibu, terutamanya Zinc yang
memabntu menguatkan immune system badan.
Vitamin C – Meningkatkan sistem imunisasi
badan kita. 
Asid lemak Omega 3 – Iaitu dikenali sebagai
peransang kepada sistem imunisasi badan.
Omega 3 penting untuk melawan jangkitan yang
berlaku dalam badan dan juga meningkatkan aktiviti-aktiviti sel-sel putih untuk
melawan jangkitan bakteria jahat. 
Garlic – Tumbuhan yang terbaik membantu untuk
melawan virus dan bakteria jahat.
Selain vitamin di atas, ibu hamil juga digalakkan
untuk mengambil B Complex (mengawal stress, mengelakkan kecacatan
pada bayi), Ostematrix(sumber kalsium) dan ESP (protein untuk
memberi tenaga pada ibu dan juga perkembangan bayi yang sihat).
  
Semoga perkongsian ini membantu ibu hamil yang
mengalami masalah batuk.
Cuba ya, in sya Allah sangat membantu. Jangan biarkan
masalah batuk ni berbanjangan hingga menyeksakan diri anda sendiri, malah takut
ada risiko jangkitan lain pulak nanti.
Cara semulajadi ni, dijamin selamat dan takde
masalah untuk bayi di dalam kandungan.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan vitamin ibu hamil
ni ye. Saya akan consult cara pemakanan yang betul supaya anda mendapat kesan
yang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge