Cara Rawatan Semulajadi Penyakit kaki, Tangan Dan Mulut Atau HFMD (1)

Cara Rawatan Semulajadi Penyakit kaki, Tangan Dan Mulut Atau HFMD

Basic H Herbal Blend Shaklee Mealshake Nutriferon Omega Guard

Sekarang tengah menular wabak penyakit kaki, tangan dan mulut atau hfmd. Apakah punca, gejala dan cara merawat dan tip untuk menghindari hfmd. Dan bagaimana Shaklee membantu HFMD?

Apakah itu HFMD?

HFMD ini adalah singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease (penyakit tangan, kaki dan mulut). Ia disebabkan oleh jangkitan Virus, iaitu coxsakievirus A16 yang termasuk dalam kumpulan Enterovirus.

Sebenarnya jangkitan virus coxsakie ni boleh terkena kepada sesiapa sahaja, tetapi yang paling common adalah kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah. Selalunya HFMD ni mudah berjangkit terutamanya apabila anak-anak berada di taska, sekolah ataupun taman permainan.

Apakah simptom HFMD?

  1. Demam
  2. Sakit dalam mulut
  3. Ruam seperti melepuh (blisters) di tapak tangan dan kaki
  4. Sakit tekak
  5. Kurang selera makan

tanda tanda hfmd

 

Bagaimana HFMD boleh berjangkit?

HFMD ni sangat mudah berjangkit. Jangkitan selalunya melalui sentuhan dengan hidung dan tekak ataupun daripada najis orang yang dijangkiti. Waktu yang perlu dikuarantinkan adalah 3-7 hari sebelum simptom keluar selepas bersentuhan dengan orang yang dijangkiti.

Rawatan Semulajadi HFMD

Oleh kerana HFMD ini adalah jangkitan virus, maka apa yang perlu kita lakukan adalah tingkatkan imun sistem anak kita untuk melawan virus tersebut. Jom cuba petua semulajadi merawat penyakit tangan, kaki dan mulut:

  1. Rooibos Tea
    • Gunakan air rebusan teh ini untuk dibuat mandi atau minum. Rooibos tea ini adalah teh yang bebas kafein (kandungan kafein menghampiri 0%)
  2. Sup Tulang/ayam
    • Hidangkan anak dengan sup rebusan tulang/ ayam dengan campuran makanan antiviral contohnya bawang putih yang banyak.
  3. Perbanyakkan makanan antiviral
    • Peppermint, bawang putih, bawang merah, kunyit, habbatussauda juga adalah antara antivirus
  4. Tea Tree Oil, Minyak Kelapa Dara
    • Sapukan pada jangkitan kulit. Minyak kelapa dara itu juga boleh dibuat minum
  5. Rebus pakaian dan mainan
    • Pakaian dan mainan anak-anak hendaklah direbus bagi mematikan sebarang virus dan bakteria yang ada
  6. Cuci lantai rumah
    • Cuci lantai rumah dengan dettol ataupun campuran cuka epal dan tea tree oil
  7. Vitamin C
    • Beri anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C
  8. Kekalkan terhidrasi (keep hydrated)
    • Berikan anak minum air yang banyak. Boleh juga buat homemade ice-cream daripada jus buahan segar, kurma ataupun apa sahaja tanpa gulauntuk memberi kelegaan kepada mulut anak yang tengah berbisa (ini boleh dilakukan jika anak tidak alah pada makanan sejuk)
    • bukan berikan aiskrim biasa yang dijual dikedai tu ye, itu banyak sangat gula, gula adalah makanan untuk virus, nanti virus semakin kuat, anak semakin lemah.
  9. Olivenol, probiotik
    • Ini juga boleh tingkatkan imun sistem anak untuk melawan virus.
  10. Air Kelapa dan air barli
    • Air kelapa dan barli adalah antara antivirus semulajadi
  11. Madu dan jus delima
    • Berikan anak madu dan jus delima kerana ia adalah antara remedi untuk ulser mulut

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan HFMD?

Apa yang paling penting adalah jaga kebersihan.

  1. Tutup mulut dan hidung apabila anda batuk atau bersin
  2. Basuh barang permainan anak secara kerap dengan air panas yang bersabun, terutamanya apabila bersentuhan dengan air liur
  3. Basuh tangan setiap kali selepas:
    • Keluar tandas
    • Salinkan lampin anak
    • Hembus hingus

Cegah Dan Rawat Menggunakan Produk Shaklee

 

Cara Rawatan Semulajadi Penyakit kaki, Tangan Dan Mulut Atau HFMD

1. Meal Shakes

  • Multivitamin dan mineral dalam bentuk serbuk.
  • Ia membantu melengkapkan nutrisi anak-anak.
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang akan menguatkan tubuh melawan jangkitan.
  • Memberi tenaga kepada anak-anak.

Sesuai untuk anak yang tak selera makan bila terkena penyakit HFMD.

2. Herbal Blend

  • Krim untuk kegunaan luaran.
  • Boleh disapu pada mulut, tangan dan kaki yang terkena blisters.
  • Krim akan membantu kurangkan rasa gatal dan menggaru yang boleh sebabkan ruam jadi makin teruk.

3. Basic H

  • Pencuci organik yang boleh digunakan kat rumah. Boleh diguna untuk membersihkan badan / tangan anak-anak, mainan dan sebagainya.
  • Selamat diguna tanpa bahan kimia berbahaya.

4. Omega Guard

  • Membantu mengurangkan keradangan pada kulit dan sakit tekak
  • Minyak ikan terbaik yang mengandungi EPA dan DHA yang membantu meningkatkansistem imun badan, ia juga mampu mempercepatkan kesembuhan lepuh di bahagian mulut.

Dan boleh add on Nutriferon juga kerana Nutriferon membantu 

  • Menguatkan sistem imun badan dengan mengaktifkan interferon tubuh.
  • Melindungi tubuh dengan berkesan daripada virus yang boleh menyebabkan HFMD.
  • Mengurangkan infeksi bagi yang sudah terkena virus dan meminimumkan rasa tidak selesa.

Testimoni rawatan prnyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) dengan shaklee:

Testimoni #1 : Alhamdulillah lepas beberapa hari biji-biji merah yang ada di tepi mulut, tangan, siku dan kaki pecah dan kering.

– Puan Wana Mohd Tahir

 

Testimoni HFMD dengan Shaklee

 

Testimoni #2 : Doktor suruh Zarith bagi makanan yang boleh bantu tingkatkan imun sistem Zuyyin juga, supaya tak berjangkit dari adiknya. Maka, Zarith berikan Chewable Vitamin C, Nutriferon dan Omega Guard kepada Zuyyin. Alhamdulillah Zuyyin tak berjangkit, syukur sangat.

– Puan Zarith Sofia

HFMD-testimoni

 

Jika anda melihat sebarang tanda-tanda di atas, JANGAN hantar anak ke sekolah/ tadika/ pusat jagaan kanak-kanak. Sebaliknya bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Anak yang sah dijangkiti HFMD perlu dibiarkan berada di rumah sehingga semuanya pulih seperti biasa, sebelum menghantarnya semula ke sekolah/ tadika/ pusat jagaan kanak-kanak.

Untuk mendapatkan supplement cegah HFMD ni boleh order melalui saya Fisya.

Untuk order klik icon wasap 👇👇Pengedar Shaklee Shah Alam , Pengedar Shaklee Kota Kemuning

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge