Cara Untuk Dapatkan Tulang Yang Sihat

Vitamin Untuk Tulang
Pengambilan makanan yang seimbang boleh membantu membina tulang yang lebih sihat dan kuat, selain daripada pengambilan kalsium (supplement atau susu) semata-mata. Kalsium amatlah penting dan perlu ada pada tahapnya dalam badan kita. Ini untuk mengelak daripada masalah tulang yang sering kita dengar iaitu osteoporosis. Osteoporosis ni adalah dimana tulang semakin lemah dan rapuh.
 
 
Pengambilan kalsium adalah salah satu alternatif. Tapi bukan hanya daripada supplement, anda juga boleh dapatkan daripada nutrisi lain. Pengambilan kalsium yang anda perlukan setiap hari ialah min 1,000 mg untuk dewasa.
 
1. Pengambilan susu (tenusu)
· Susu lembu ada 300 mg kalsium dalam satu cawan. Yang fresh tau.
· Cheese dan yogurt pun ada juga khasiat kalsium
· Selain susu lembu, inisiatif lain adalah almond, nasi, dan juga soya. Soya sahaja boleh berikan 35-300 mg kalsium setiap hidangan. Tapi tengok jugalah cara penghasilannya.
2. Contoh makanan bukan tenusu
· Brocolli
· Almonds
· Salmon
· Sayuran hijau seperti bayam
· Kekacang
3. Makanan yang ditambah khasiat kalsium (selalu ditulis pada label)
· Jus
· Soya
· Cereals
4. Jangan lupa pengambilan vitamin D
· Vitamin D membantu penyerapan kalsium ke dalam badan
· Kita memerlukan 400 – 800 IU vitamin D setiap hari
· Tahu tak, cahaya matahari pun ada vitamin D tau. Berjemur 10-15 minit tu ok la. Tapi tengok juga, kalau terlampau panas atau udara tak segar, jangan ambil risiko berjemur pula ya.
5. Pengambilan protein
· Protein membantu membentuk tulang yang sihat, dan juga membantu mempercepatkan proses pemulihan tulang yang retak/rapuh (berdasarkan kajian).
6. Nutrisi lain seperti:
· Potassium
· Magnesium
· Vitamin K
· Vitamin C
· Vitamin A (tapi jangan terlalu banyak sebab tak bagus juga untuk tulang)
7. Apa yang anda perlu kurangkan:
· Alkohol
· Caffeine
· Sodium
Pastikan setiap nutrisi pada kadar yang seimbang dan tidak berlebihan. Semakin tua, semakin kurang ketumpatan tulang kita kalau tak ambil kalsium dan nutrisi lain yang bagus untuk tulang ni. Tambah lak kalau kaum perempuan. Sebab apa, time period kalsium keluar, time pregnant kongsi kalsium dengan baby, time menyusu pun masih kongsi kalsium dengan baby. Jadi, amalkan pemakanan seimbang yang bantu menyihatkan tulang.
 
Nak senang dan mudah, boleh ambil  supplement untuk tulang dan sendi iaitu Ostermatrix

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge