DIY Penyangkut Tudung Berawning

Uncategorized

Tudung berawning banyak sangat.Kalau tak kena cara gantung boleh buatkan awning tudung patahkan.

Sibuk la nak fikir cara terbaik agar awning-awning tudung tu tak patah.,Sebelum ni pakai hanger yang bulat-bulat tu.Tapi lama-lama bila dah bnyak sangat nampak macam tak berapa kemas je.

Cth penyangkut tudung

Bila google penyangkut tudung berawning dapat macam gambar di bawah.Dengan harga jual semahal Rm 25 sekali postage Rm 9.00.Total dah jadi Rm34.Macam rugi plak belikan.

Sekali berdesup idea datang supaya DIY jer sendiri penyangkut tudung berawning ni.Bukan susah mana pun kan.Barang yang di perlukan pun tak banyak dan kos pun tak sampai Rm 10 (berkira sangat kan).Boleh gantung sama dengan kos yang kena beli sampai Rm 25 tu.Jimat duit.
Barang yang di perlukan pun tak banyak.3 barang jer pun.Antaranya ialah 
  1. Hanger Baju
  2. Sepit Baju
  3. Cable tie
Cara buat pun sangat la mudah..Budak sekolah rendah pun boleh buat tau.
Mula-mula ikat cable tie kat hanger dan 1 cable tie lagi di masukkan ke dalam lubang penyepit baju dan ikat dengan cabli tie yang pertama tadi.
Buat la sampai habis dan muat untuk penyepit tu yerk.
Tengok mudah sangat kan.Ok lepas ni dah boleh diy sendiri korang punya penyangkut tudung berawning.Jimat kos tau beli cable tie dan penyepit baju baru Rm 4.00
Selamat Mencuba…

1 thought on “DIY Penyangkut Tudung Berawning”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge