Fungsi Dan Khasiat Lecithin

Uncategorized

 

Sya merupakan salah seorang  peminat setia
Lecithin.Sya mula kenal Lecithin selepas bersalin anak kedua sya kira-kira dua tahun yang lepas.Sya amalkan
lecithin untuk mengatasi masalah bengkak susu yang sya alami semasa menyusukan
Damia.Selain untuk tujuan ini, Lecithin sangat terkenal dalam set diet Shaklee.
Apa fungsi Lecithin ??
Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang
bertindak dengan cara melekat pada
lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak
degil tersebut melekat pada dinding membran.
Apa kandungan Lecithin ?
Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi
daripada kekacang soya di
mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan
menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.
Apa fungsi Kolina ?
Kolina penting dalam diet harian kerana
fungsinya menyokong kesihatan
otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen
neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak
dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil,
kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita
berfungsi dengan cerdas.
Apa Kelebihan Lecithin ?
  •   Melindungi
    hati

        Lecithin  boleh menghalang enapan lemak di
hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga  boleh membantu
memulihkan kesihatan hati.
  •  Memecahkan lemak dan
    kolestrol

       Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah,
pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan
trigliserid dalam tubuh kita.
  •  Melangsingkan

       Menghalang obesiti. Kalau kita ambil Lecithin dalam
kuantiti yang betul  maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam
tubuh kita berlaku. Lepas tu jadilah langsing semula  tanpa penyakit
kerana ianya seimbang dengan tubuh badan kita.
  •  Mencantikkan otot dan
    kulit.

       Mengelakkan kulit bersisik/kering terutama
yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel,
melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh
mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  •   Memperbaiki alergi

       Lecithin boleh menghalang platlet darah dari
mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi
semakin paarah seperti penyakit kulis spt dermatitis dan demam alergi.
  •   Menghalang kejadian batu
    karang 

       Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang
berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi
supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu
karang.
  •   Menghalang tekanan darah
    tinggi 

       Lecithin boleh menghalang arterioklerosis,
menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada
tersekat atau tersumbat.
  •   Meringankan sembelit

       Fungsinya untuk melembutkan najis dengan cara
melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.
       Lecithin Sangat Membantu Ibu Selepas Bersalin
kerana
:
  •       Lecithin boleh membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu baru bersalin biasanya lemak-lemak terkumpul ketika mengandung.
  •       Lecithin ini juga boleh berperanan untuk mengurangkan risiko clog duct atau
    duktus susu tersumbat 
  •       Lecithin boleh membantu ibu mengatasi masalah lost
    of short term memory yang biasa akan dialami selepas bersalin. 
  •       Lecithin
    juga boleh membantu menyalurkan
    inositol dan kolin dalam susu ibu untuk meningkatkan perkembangan
    otak bayi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge