Ibu Hamil Jangan Ambil Mudah Masalah HB Rendah / Anemia

Vitamin Untuk Ibu Hamil Vitamin Untuk Ibu Mengandung Vitamin Untuk Naikkan HB

Antara masalah atau cabaran utama  hamil adalah ANEMIA atau lebih dikenali  sebagai HB RENDAH. Kalau checkup di klinik kerajaan pastinya ibu ibu  kena bebel kan? Jangan marah misi-misi tu tau. Misi bebel untuk kesihatan ibu dan baby.

Semasa hamil, badan perlu menghasilkan lebih darah untuk menyokong perkembangan tumbesaran bayi. Jika ibu tidak mendapat ZAT BESI dan beberapa nutrisi penting lain, badan ibu tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup.
 
Apabila ibu mengalami Anemia , sel darah merah ibu kurang untuk membawa oksigen ke sel-sel tubuh dan kepada bayi dalam kandungan.
 
 
HB RENDAH (LOW HB) akan menyebabkan ibu rasa sangat letih dan lemah. Jika tidak dirawat ia meningkatkan risiko keguguran bayi atau kelahirah pra-matang.
 
 
 

 

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 – 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 – 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).
 

Simptom Kekurang Hb Ketika Hamil

  • Pucat –kulit, kuku dan bibir
  • Terlaluletih dan lemah
  • Selalupening kepala
  • Nafas pendek
  • Mengalami masalah untuk fokus
  • Degupan jantung yang cepat
 

Risiko Anemia Yang Perlu Ibu Tahu

  •      Ibu kerap pitam / pengsan
  •      Kegagalanfungsi jantung
  •      Risiko Keguguran
  •      Kelahiran bayi pra-matang
  •      Bayi kurang berat badan
  •      Bayi mengalami anemia
  •      Bayi mengalami perkembangan yang lambat atau tumbesaran terbantut
 
Pastinya kita nak baby sihat kan? Ibu kena sihat dulu tau!
 
 

Jenis-Jenis Anemia

 
1. Anemia disebabkan oleh KURANG ZAT BESI HB rendah disebabkan kekurangan Zat Besi (IRON) adalah paling banyak kes. Kekurangan zat besi menyebabkan oksigen tidak dapat disalurkan keseluruh tubuh dan kepada bayi.
 
 
2. Anemia disebabkan oleh KURANG  FOLAT .Semasa hamil, ibu perlukan lebih FOLAT atau ASID FOLIK. FOLAT sangat penting untuk menghasilkan sel baru termasuk sel darah merah yang sihat. Kekurangan FOLAT juga boleh menyebabkan kecatatan bayi (SPINA BIFIDA) dan bayi kurang berat. FOLAT boleh didapati dari sayur berdaun hijau.
 
 
3.  Anemia disebakan oleh KURANG VITAMIN B12 .Badan juga memerlukan Vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah. Vitamin B12 hadir dalam daging, susu, telur. Namun biasalah bila hamil kadang-kadang ibu tak berselera nak makan. Jadinya kurang vitamin B12. Kekurangan Vitamin B12 juga boleh sebabkan
kecatatan bayi dan kelahiran pra-matang.
 
 

Faktor-Faktor Meningkatkan Risiko Anemia Ketika Hamil

 
Semua  hamil mempunyai risiko mengalami LOW HB ketika hamil kerana ibu memerlukan lebih IRON dan FOLAT daripada biasa semasa hamil.Tapi ibu lebih berisiko tinggi jika :
  • Kehamilan yang rapat (anak sebelum ini)
  • Muntah yang banyak sebab morning sickness
  • Hamil remaja (dibawah umur 20 tahun)
  • Kurang makanan tinggi zat besi
  • Kurang makan Vitamin C (Vitamin C bantu penyerapan zat besi)
  • Mengalami masalah Low HB pada kehamilan sebelum ini
  • Kehamilan kembar
  • Bleeding/pendarahan ketika hamil
 

Cara Untuk Naikkan Hemoglobin

 
1. Makan makanan yang tinggi zat besi, Folat dan Vitamin B12
  • Daging merah
  • Telur
  • Sayuran berdaun hijau seperti brokoli, bayam.
  • Kekacang dan bijian
 
2. Makan makanan yang tinggi vitamin
  • Kiwi
  • Buah Oren
  • Tomato
  • Strawberry
  • Lada Benggala
 
3. Elakkan makan makanan yang boleh halang penyerapan zat besi dalam tubuh.
  • Kopi dan Tea
  • Perasa tambahan dalam makanan seperti ajinomoto
  • Elakkan susu bersama pengambilan zat besi – jarakkan masa 1-2 jam selepas pengambilan.
 
4. Amalkan supplement penting untuk tingkatkan HB dan elakkan Anemia (HB Rendah).Antara Supplement yang membantu naikkan HB ibu adalah
 
 
 
 
 
 
 
⠿Vitalea Iron Formula
⇉Pelengkap nutrisi yang mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral. Multivitamin dengan Iron formula ini membantu membekalkan zat besi yang diperlukan semasa hamil. Zat Besi sangat penting untuk menghasilkan sel darah merah.
 
⠿B Complex
⇉Bcomplexmengandungi vitamin B lengkap termasuk ASID FOLIKdan Vitamin B12 untuk mencegah anemia membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan pembentukan antibodi.
 
⠿Vitamin C Sustained Release
⇉Mengoptimumkan penyerapan zat besi dalam darah.
 
 
Sebagai ibu,pastinya kita mahu berikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Melaburlah untuk kesihatan
sendiri dan anak dalam kandungan. In sya Allah jika kandungan sihat, anak yang akan dilahirkan juga sihat dan kurang masalah kesihatan.  Anak adalah amanah.
 
TESTIMONI :
  
 
 
 
 
 
Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat, order produk Shaklee dan sebagainya, hubungi sy dengan cara klik jer link di bawah tanpa perlu save no sy terlebih dahulu.Senang dan mudah kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge