Jenis-Jenis Cyst Semasa Mengandung

Vitamin Untuk Cyst Vitamin Untuk Ibu Hamil Vitamin Untuk Ibu Mengandung Vitamin Untuk Wanita
Cyst ketika hamil dikenali sebagai ovarian cyst.Ianya agak jarang berlaku dalam seribu mungkin seorang dua jer wanita hamil yang ada cyst semasa hamil.Dalam kebanyakan kes, cyst ketika hamil akan mengecut sendiri selari denganpembesaran janin dalam perut. Walaubagaimanapun, terdapat juga kes-kes cyst membesar dan perlu dibuang ketika wanita sedang hamil.
Kebiasaan cyst dikesan ketika wanita melakukan pemeriksaan ultrasound untuk memeriksa bayi dalam
kandungan. Ini disebabkan kilang telur ovari bedekatan kawasan rahim, maka ia mudah dikesan.
Tahap bahaya cyst adalah berdasarkan saiz dan jenis cyst tersebut. Oleh sebab itu, adalah dinasihatkan agar anda bertanya dan berbincang dengan lebih lanjut dengan doktor anda mengenai cyst tersebut. Sekiranya doktor
yang memeriksa kandungan anda mengatakan ia sejenis cecair, maka ia tidak bahaya tetapi ia merupakan gambaran kasar sahaja. Anda mungkin perlu melakukan pemeriksaan yang lebih teliti dengan pembuat pemeriksaan darah bagi mengetahui kepekatan CA-125 dan CT scan abdome bagi memastikan dengan lebih tepat jenis ovarian cyst yang yerdapat di dalam perut anda.
Sekiranya saiz cyst anda kurang daripada 5cm, selalunya ia tidak akan mengganggu pembesaran janin dan
tidak berbahaya. Namun pemeriksaan secara berkala perlu dilakukan. Tetapi jika saiz cyst anda melebihi 5cm, ia dikhuatiri akan mengganggu proses kehamilan anda kerana ia berisiko untuk pecah, berdarah dan berpintal. Komplikasi terhadap kandungan seperti keguguran dan kelahiran pra matang kemungkinan berlaku. begitu juga jika doktor mendapati cyst anda jenis cancer, doktor akan melakukan pembedahan kecil walaupun cyst tersebut mempunyai saiz kurang dari 5cm.

Jenis-jenis Cyst

Ovarian cyst yang normal adalah cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur-telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan Follicular Cyst. Ada juga cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.

Follicle Cyst

Cyst ini terjadi apabila folikel tidak pecah untuk melepaskan telur (Ovum) tetapi terus membesar dan berkembang. Kebiasaannya cyst jenis ini akan hilang dalam masa 1-3 bulan kitaran. Luteal Cyst
Cyst jenis ini terjadi apabila folikel telah membebaskan telur (ovum) tetapi kantung terus membesar. Kebanyakkan cyst ini akan hilang dalam masa beberapa minggu sahaja. Ia mampu membesar sehingga melebihi 5cm. Cyst ini boleh pecah dan menyebabkan ovari berpusing (twisted ovari) dan sakit.

Endomertrioma (chocolate cyst)

Disebut juga endometriosis. Jenis ini terjadi ketika jaringan lapisan rahim (endometrial) hair dalam ovarium wanita. Biasanya berisi darah bewarna coklat. Ianyan boleh menyerang wanita berusia sekitar 16-27 tahun, menimbulkan rasa sakit yang luar biasa ketika haid dan mengganggu kesuburan.

Cystadenoma

Cyst jenis ini juga menyebabkan kesakitan. Cyst ini terbentuk daripada sel-sel dipermukaan luar ovari. IA selalunya dipenuhi dengan cecair kekuningan dan pekat. Cyst jenis ini juga mampu membesar.

Dermoid Cyst

Cyst jenis ini biasanya menyerang wanita berusia lebih muda dan dapat tumbuh besar (15cm) dan berisi tidak hanya cairan, tapi juga lemak, jaringan tulang atau pun tulang rawan. Segelintir wanita hamil yang tidak mahu melakukan pembedahan walaupun setelah dinasihatkan. Dalam hal sebegini, pesakit perlu menanggung sendiri risiko yang mungkin akan berlaku. Antara risiko yang mungkin terjadi kerana menolak untuk
melakukan pembedahan ialah:
  • berlaku pendarahan
  • cyst akan membesar dan pecah
  • keguguran
  • terpaksa berhadapan pembedahan emergency di mana lebih banyak
    komplikasi berlaku
Pembedahan emergency akan mengakibatkan alahan yang sangat teruk kepada ubat bius, kerosakan organ sekitar kawasan cyst malah sesetengah kes mengakibatkan kesuluruhan kilang ovari terpaksa dibuang. Pembedahan emergency juga boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan pembengkakan di bahagian abdomen.
Kesimpulannya, sekiranya anda hamil dan dalam waktu yang sama mempunyai masalah ovarian cyst, buat pemeriksaan secara berkala dan sentiasa berbincang jika anda rasakan kelainan pada kandungan anda. Turuti nasihat yang diberikan oleh doktor agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge