Jom Buat Cheese Tart Untuk Raya

Uncategorized
Entry kali kita ke resipi masakan pula
yer..Kali ni sya nak kongsi resepi cheese tart pula…Bagi pemgemar cheese tart
macam sya ni demi kepuasan memang patut buat sendiri sebab boleh makan dengan
sepuasnya.Sya kalau makan cheese tart memang confirm-confirm tak cukup sebiji hehehe…
Laju je amik sebiji …sebiji…Tau tau dah tgl bekas..
Resipi Cheese Tart
Cheese Tart
yang tunggu turn nak masuk oven
Sya ni bukan la pandai pun dalam bab masakan ni tapi satu jer sya ni
suka mencuba tambah tambah kalau makanan tu favourite keluarga.Alhamdulillah
percubaan pertama buat cheese tart tak mengecewakan.Puas sangat makan sampai
yang last tu berebut rebut dengan anak..Haa buruk betul perangai ibu Aunimia ni
kan.
  
Ok jom sya kongsikan resepi Tart
Shell nya :
Bahan-Bahannya:
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil asen vanilla
Caranya:-

1.                 
Pukul marjerin dan gula dengan
mengunakan senduk kayu atau spatula..jangan pukul lama sangat.Pukul biar sebati
aje
2.                 
Masukkan telur dan esen vanilla dan
putar lagi dengan senduk kayu
3.                 
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
4.                 
Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Kuantiti tepung bergantung pada kelembutan doh.
5.                 
Untuk mendapat doh yang baik wrapkan
adunan dengan plastik wrap dan simpan adunan semalaman dalam peti sejuk.
6.                 
Setelah  di biarkan semalaman
keluarkan adunan tadi biarkan ia rehat sehingga mencapai suhu bilik supaya
memudahkan kita untuk menerap dalam acuan tart nanti.
7.                 
Setelah itu ambil sedikit adunan tart
dan tekan ke dalam acuan tart. Sebelum di bakar cucuk dulu aduan dengan garfu.
Bakar adunan pada suhu 170C selama 20-25minit atau sehingga adunan masak.
Nota:

Tart
shell boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan
simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.

Bahan-Bahan Cheese
tart.

250gm cream chess 
50gm gula kastor
1 biji telur size b
1/2 teh esen vanilla

1.                 
Putar cheese, dan gula sehingga kembang
dan berkilat. Masukkan telur  dan esen
vanilla putar hingga sebati.
Masukkan filling chesse tadi kedalam piping bag supaya
memudahkan kita meletakkan filling dalam tart shell. Isikan sehingga mengembung
untuk cheese tart kelihatan cantik.

2.                 
Asingkan sedikit cheese untuk kita
lakukan proses melorek, campurkan sedikit pewarna yang kita sukai dan mula
melakar keatas cheese tart kita, usah  biarkan cheese tart terlalu lama,
kerana proses melorek menjadi tidak cantik jika cheese tart sudah mula
mengering.
3.                 
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C.
Sentuh cream cheese dengan jari jika tidak melekat makna nya cream sudah masak
jika tidak letak dalam seminit lagi.


** Untuk adunan ini 1 adunan shell saya dapat
dalam 40 biji shell itupun bergantung pada acuan dan ketebalan shell.
1 adunan cream cheese dapat dalam 70-80 shell.
untuk seimbangkan nya sila buat 2 adunan shell
dan 1 adunan cream cheese.

Cheese Tart yang telah siap di masak, di
letakkan dalam bekas kedap udara dan boleh di simpan dalam peti ais untuk
ketahanan lebih lama.

Haa..senang jekan cara nak buat cheese tart
ni…

Selamat mencuba 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge