Jom Detox Usus Dengan Cara Yang Mudah

Detox

Anda pernah buat detox usus ? Pernah cuba detox usus dengan cara yang mudah ?

Kenapa perlu berdetox?

Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.

Kebaikan berdetox?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.Sebab bila badan dah detoks, badan kita akan menyerap supplemen dan khasiat supplemen secara optimum.

Tahukah apa organ detox anda

■Peparu

■Sistem penghadaman

■Buah pinggang

■Hati

■Kulit

Selama 28 tahun lebih saya hidup ni tak pernah pun terfikir nak detox usus.Sebelum ni tak tau pun yang usus juga perlu detox.Alkisah yang terus saya terfikir usus pun perlu detox lepas isu ni berbangkit dalam group whatsapp member2 saya.Ada kawan saya suggestkan buat detox usus dengan cara yang mudah tanpa perlu nak keluarkan belanja yang banyak.

Mungkin ramai juga yang dah tau cara detox usus ni tapi bagi yang tak tau lagi meh terusan baca entry saya ni sampai habis ye.

Detox usus ni sangat penting sebenarnya sebab jika tidak “dibersihkan” boleh terjadi kanser usus. Bahaya kan.Ye la kita hidup andai kata dah 30 tahun dan mungkin selama 28 tahun dah bermacam-macam makanan kita ambil kan.

Usus kita kan panjang dan berbelit-belit pula tu.Jadi pasti la bila kita membuang air besar tak semua apa yang kita makan tu keluar.Mungkin ada yang dah berpuluh tahun dok nyorok kat dalam usus tu.Cer la bayangkan…Tak mampu kan nak bayangkan.

 

Kadang kita ambil pelbagai supplement tapi tak kita rasa supplement tu tak brkesan pun.rasa menyesal sebab dah habis banyak duit untuk beli supplement. Rasa tertipu dengan setiap iklan-iklan yang ada??Tapi sebenarnya smua tu bukan salah produk.Salah kita sendiri sebab tak detox usus kita dulu.Biasanya kalau sebelum beli produk penjual pasti akan suruh kita detox dlu.Betul tak??

Jom kita tengok bahan untuk detox usus dengan cara yang mudah ni.Hanya 2 bahan yang di perlukan dan pasti murah dan senang dapat di pasaraya.

Bahan-bahan

  1. Air yakult
  2. Nata de coco
Cara-caranya :
  1. Basuh / rendam sekejap nata de coco dengan air masak untuk hilangkan rasa manis.
  2. Simpan nata de coco yg di cuci tadi dalam tertutup dan simpan dalam peti sejuk.
  3. Setiap pagi ambil 15 biji nata de coco dan campur dengan 1 botol air yakult.
Sebaiknya untuk pertama kali buat detox usus ni  pada hari minggu sebabnya nanti takut kita akan kerap keluar masuk toilet.Kesannya sangat cepat.Pada permulaan air besar kita akan berbau agak luar biasa dan berwarna kehitaman sebab proses detox telah bermula.Jangan panic pula kalau najis berubah warna tetiba.
 
Seeloknya buat detox usus ni selama seminggu atau selama sebulan.Bergantung pada usus seseorang juga.Kalau nak tau usus kita dah bersih bila buang air besar najis kita akan timbul dan itu bermakna penghadaman kita dah sempurna.
 
Selamat mencuba yerk..Kesannya pasti korang akan rasa badan lebih ringan , sistem penghadaman lebih mudah dan senang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge