Kafien Mengganggu Penyerapan Vitamin

Uncategorized

Kopi dan teh adalah antara minuman yang jelas mengandungi kafien.Tapi minuman ni sangat la di gemari oleh kita semua terutama mak ayah , atuk nenek kita. . Itulah minuman harian mereka baik pagi atau petang.Kalau sedara mara datang pun air ni yang menjadi hidangan para tetamu.Pendek kata air ni memang menjadi minuman wajib ada di rumah la kan.

Walau bagaimanapun, satu cawan kopi atau teh hijau sehari tidak mungkin mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan kita secara keseluruhannya. Namun, dalam kadar yang berlebihan, kafein boleh menyebabkan kekurangan nutrien yang boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup. Seperti kebanyakan faktor pemakanan, kesederhanaan dan keseimbangan adalah penting dalam pengambilan pemakanan yang optimum.

Sebenarnya ramai yang tak sedar pengambilan kafien boleh mengganggu penyerapan vitamin lebih-lebih lagi apabila diambil secara bersama seperti minum teh pada waktu breakfast dan kemudian mengambil vitamin selepas itu. Bagaimanakah kesan kafien tadi pada vitamin yang kita telah ambil? Jom kita tengok satu persatu..

(1) Kalsium

Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil kira-kira bersamaan dengan satu cawan kopi, 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun 1 jam selepas pengambilan kafein. Kafein juga menghalang sejumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah kalsium yang disimpan oleh tulang. Walaubagaimanapun ini berlaku bila pengambilan kaffein terlalu tinggi dan pengambilan kalsium terlalu rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang tidak mengambil kafein atau minum dalam jumlah yang sederhana (1-2 cawan sehari).

(2) Vitamin D

Kafein menghalang reseptor vitamin D, yang menghadkan jumlah serapan. Oleh kerana vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, kafein juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko osteoporosis.

(3) Iron/Zat Besi

Kafein mengganggu penyerapan zat besi yang perlu untuk pengeluaran sel darah merah. Minum kafein dan pada masa yang sama ambil sumber zat besi seperti Vitalea boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Sebaik-baiknya dijarakkan pengambilan sekurang-kurangnya satu jam.

(4) Vitamin B

Kafein mempunyai kesan diuretik ringan yang menyebabkan kita kerap buang air kecil. Vitamin B adalah vitamin larut air. Jadi apabila kita kerap kencing, lebih banyak bendalir hilang dari badan dan akibatnya vitamin B turut hilang. Di samping itu, ia mengganggu metabolisme beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Tapi ada satu kelebihan kafein pada penyerapan Vitamin B iaitu vitamin B12. Kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap B12.

(5) Vitamin dan Mineral lain

Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu tindakan vitamin A.

Jadi bolehkah kita mengambil minuman berkafien sedangkan dalam masa yang sama kita mengamalkan supplement?? Sebenarnya tidak ada masalah jika kita nak ambil kopi atau tea, cuma jika anda hantu kopi, sya sangat galakkan anda kurangkan pengambilan minuman kafien, bersederhanalah dan kalau nak minum, sila jarakkan pengambilan dengan vitamin. 

Kebanyakan kita mengambil vitamin selepas makan, jadi cara terbaik untuk mengelakkan kafien mengganggu penyerapan vitamin yang kita ambil, minumlah kopi antara waktu makan seperti pada waktu minum petang (tea time), bukannya selepas atau sebelum makan. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada badan menyerap segala kebaikan daripada vitamin dan makanan yang kita makan sebelum minum kopi yang boleh memusnahkan proses tersebut.

Oklah, nak order vitamin Shaklee? jom hubungi sya seperti talian di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge