Kaitan Eczema Dan Asthma

Set Mandian Baby Set Untuk Kanak Kanak Vitamin Untuk Kanak-Kanak

Untuk entry kali ni saya nak celoteh sikit berkaian eczema yang tetiba datang menyinggah kat anak sulong saya.Masa awal kena dulu ingat kan sebab ruam panas tapi tak sangka pula berlanjutan sampai sekarang.Dan bila di bawa ke hospital / klinik doc sahkan anak sya kena eczema.

Maka sikit penerangan di berikan oleh doctor berkaitan eczema.Doctor memang dah sedia maklum yang auni memang ada masalah asthma melalui rujukan rekod sakit setiap kali ke klinik. Auni memang penghidap asthma sejak kecil.

Apa yang saya keliru apa kaitan antara eczema dan asthma ni maka saya pun buat research sendiri.Setelah banyak membaca ,bertanyakan doctor baru saya tahu rupanya memang eczema dan asthma ni berkait rapat walaupun satu berkaitan kulit dan satu lagi berkaitan pernafasan.

KAITAN ECZEMA DAN ASTHMA
PIC EHSAN DR EN GOOGLE

APA KAITAN ASTHMA, ECZEMA DAN ALERGI?

 

Penyakit- penyakit yang berkaitan dengan asthma/ lelah, eczema dan resdung (allergic rhinitis) auat di pangil atopi (atopy). Atopi itu sendiri bermaksud kecenderungan badan pesakit untuk menghasilkan sejenis antibodi yang dinamakan sebagai antibodi IgE apabila terdedah kepada bahan-bahan allergen dalam persekitaran.

Penyakit- penyakit atopi ini seringkali berlaku dan kebiasaannya bermula daripada kecil.

ADAKAH ECZEMA BOLEH DISEMBUHKAN?

Bergantung kepada beberapa faktor, seperti genetik, umur dan kehadiran allergen. Secara umumnya,  90% daripada kes, eczema ini muncul ketika bayi berumur 12 bulan pertama. Biasanya 50% daripada kanak- kanak akan sembuh apabila mereka mencapai umur 2 tahun. Selepas itu, kira- kira 50% lagi akan lega bila mereka mencapai umur 4 tahun. Selebihnya, 15% akan masih menghidapi eczema yg aktif bila umur mereka mencapai 5 tahun. Biasanya penyakit ni akan baik dengan sendiri akhirnya, tapi ada juga dalam 5% daripada kanak-kanak ni akan terus menghidapi eczema sampailah ke tua.

Satu lagi, ada juga satu kumpulan pesakit ini, yang cuma mendapat eczema ketika mereka sudah tua, dalam lingkungan umur 50th ke atas. Jadi, biasanya eczema ini biasa dihidapi oleh dua peringkat umur iaitu ketika kanak-kanak dan ketika tua.

1 daripada 3 pesakit eczema boleh turut menghidap asthma atau allergic rhinitis.

ADAKAH IA PENYAKIT GENETIK?

Memang ada kaitan dgn genetik walaupun dunia perubatan masih tidak memahami sepenuhnya mengenai penyakit ini.

BAGAIMANA HENDAK MENGELAKKANNYA?

Pelbagai cara yang boleh dibuat untuk mengelak daripada terkena atau menghidap ketiga- tiga trigger ini. Antaranya:

Kalau utk asthma; antara trigger/allergen yg popular:

– suasana sejuk, terutamanya sekitar pukul 4-5am

– makanan/buahan sejuk seperti tembikai, rambutan, air ais

– demam selsema

– debu, debunga (pollen), bulu binatang, permaidani

– aircond

– keadaan emosi seperti stress, terlalu sedih, terkejut

– Senaman atau bersukan yang terlalu memenatkan

Eczema:

– sebarang bahan kimia yg terkena kulit seperti: krim, kosmetik, sabun (mandi, basuh pinggan, basuh baju), perfume, bedak, losyen, syampu

– nikel sepertt kerongsang, belakang jam tangan

– makanan laut

Allergic rhinitis: (tanda2 lain: bersin, gatal mata)

– waktu sejuk pagi

– bulu kucing, debu, debunga

– makanan laut

Klik sini untuk tahu apa itu ECZEMA

JENIS-JENIS ECZEMA

  1. Ekzema atopik Dermatitis – berair
  • Contact Dermatitis – berair (alergi sentuhan spt sabun, etc)
  • Dyshidrotic Dermatitis – kering
  • Lichen Simplex Chronicu – kering bersisik
  • Seborriheic Dermatits – kering bersisik

TANDA-TANDA ECZEMA

 

– Acute Eczem

  • “Erythema”, kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
  • “Papules”, pembentukan tompok-tompok merah.

– Eczema Kronik

  • Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

 

KITARAN PENYAKIT  ECZEMA

 

Eczema disifatkan sebagai kegagalan fungsi penghadang kulit yang boleh menyebabkan alahan dan juga seterusnya kegatalan. Bila pesakit tidak dapat menahan kegatalan yang berlaku dan kerap menggaru di kawasan tersebut. Sekiranya kawasan kulit tersebut kering, tahap kegatalan makin meningkat. Bila kawasan tersebut digaru secara kuat dan berulang, lapisan kulit akan mula koyak dan meruam. Lebih buruk lagi, keadaan sebegini boleh menyebabkan bakteria atau kuman memasuki ke kawasan kulit tersebut.

 

LANGKAH-LANGKAH MERAWAT ECZEMA

  1. Sentiasa melembapkan kulit kerana keradangan bermula akibat kulit yang kering
  2. Elakkan makanan yang menjadi punca kepada Eczema
  3. Pakai pakaian yg diperbuat daripada kapas dan pakai secara longgar.
  4. Elakkan penggunaan sabun/syampu yang mempunyai bahan kimia yang tinggi
  5. Catitkan apa yang anak kita makan yang menyebabkan eczemanya semakin teruk
  6. Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.
  7. Pastikan anak kita tidak terdedah kepada suhu yang panas terlalu lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge