Kenali Punca Paru Paru Berair Dan Cara Merawatnya

Vitamin Untuk Paru Paru

Anda mencari punca paru paru berair dan cara merawatnya ?

Paru paru berair atau Efusi Pleura (Plueral Effusion) adalah suatu keadaan yang mana rongga kaviti pleura dipenuhi bendalir. Apakah punca paru paru berair ini berlaku?
Ramai yang beranggapan mandi diwaktu malam adalah penyebab utama paru paru berair. Benarkah anggapan itu? Kononnya, ketika mandi di waktu malam, air akan memasuki liang liang roma dan akan berkumpul di dalam
paru paru.

Punca Paru Paru Berair

Paru paru berair berlaku apabila terdapat pengumpulan cecair yang berlebihan di dalam paru paru. Sebenarnya punca paru paru berair masih tidak dapat dikenalpasti dengan tepat. Terdapat beberapa
faktor yang mendorong kepada masalah paru paru berair. Di antaranya ialah:
Jangkitan bakteria
Jangkitan fungi
Jangkitan parasit
Masalah bahan kimia
Kecederaan fizikal terhadap paru paru
Ada orang berpendapat bahawa mandi malam adalah penyebab utama seseorang menghidap penyakit paru-paru berair.

Kononnya air ketika kita mandi akan masuk melalui liang-liang roma sebelum terkumpul dibahagian paru-paru. Sejauh mana kebenarannya?

Jangkitan paru-paru berair terbahagi kepada dua iaitu Pulmonari Edema (PE) dan Pneumonia.

1. Pulmonari Edema

Pulmonari Edema adalah pengumpulan air berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru bengkak dan berair.

Punca berlakunya penyakit ini adalah disebabkan oleh kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung. Maka, kepercayaan sesetengah pihak bahawa ianya berpunca daripada kemasukan air
ketika mandi adalah salah.

2. Pneumonia 

Manakala penyakit Pneumonia pula disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku.

Malah, Pneumonia juga boleh dijangkiti melalui udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Sekali lagi, ia bukan berpunca dari mandi malam.

Cecair yang berada di dalam paru paru tidak seperti air biasa.Kebiasaannya, ia adalah cecair yang dipenuhi nanah (Pyothorax), darah (Hemothorax) dan bendalir di dalam badan.

Tanda Tanda Paru Paru Berair

➦Batuk berkahak atau mungkin disertai darah
➦Demam
➦Sesak nafas
➦Menggigil
➦Rasa letih dan cepat mengantuk
➦Sakit dada
➦Loya dan muntah apabila menarik nafas panjang
➦Cirit birit
Cara Merawat Paru Paru Berair :-
1.   Paru paru berair yang besar dan menyebabkan kesukaran bernafas perlu dirawat dengan kaedah penyedutan cecair di dalam kawasan terlibat menggunakan Thoracentesis.
2.
      Paru paru berair yang kecil tidak memerlukan rawatan tetapi punca berlakunya paru paru berair perlu dikenalpasti dan dirawat. Jika ia berpunca caripada Pneumonia, pesakit akan diberi antibiotik. Sekiranya terdapat nanah terkumpul, ia akan disedut.Sekiranya perlu, pembedahan perlu dijalankan untuk mengeluarkan nanah.
Pengalaman Pesakit Paru Paru Berair mengamalkan Suplemen Untuk Pulih

 

 

Jika anda adalah diantara yang mengalami masalah paru paru berair dan ingin mencuba kaedah pengambilan suplemen untuk membantu rawatan anda, dapatkan info lanjut dan konsultasi eksklusif daripada
saya.
Dengan Setiap pembelian twin pack vivix akan dapat penjimatan seperti :⤵⤵⤵..

 

Hubungi :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge