Uncategorized

Kenapa Blog Sunyi Tanpa Entry ???

Fuhhh penuh habuk sawang bagai blog ni dah.Lama sangat tak jenguk blog kesayangan sya ni.Kekalutan yang melanda beberapa minggu dalam kehidupan sampai tak ada masa untuk luangkan masa bersama blog.Haha….

Sya tak update blog bukan sebab malas ker haper oke tapi di sebabkan sya terpaksa luangkan lebih banyak masa kepada keluarga mertua.Yang mana frends dengan sya di muka buku mungkin tahu kenapa kan.Kepada yang tak tahu meh sya bagi tahu kenapa.

Actually pada awal bulan June 2015 iaitu pada 09.06.2015 kami di kejutkan dengan berita yang ayah mertua sya terkena serangan strok.Masya Allah memang terduduk sekejap selepas mendapat berita dari mak mertua mengenai ayah.Memang bisu tanpa kata masa tu.Fikiran terus melayang ke ayah.

Malam tu juga buat keputusan untuk balik ke kampung tengok sendiri keadaan ayah biarpun mak kata ayah ok tak perlu di risaukan kerana pada masa itu ayah di rawat di Hospital Universiti Sains Malaysia ,Kubang Kerian.Tapi kami sebagai anak menantu mesti nak juga balik tengokj dengan mata sendiri keadaan ayah.Balik la kami malam tu berenam bersama adik adik ipar sya.

Sampai di kampung pun dah lewat pagi.Niat tu nak baring luruskan urat sekejap tapi boleh pula terlelap sampai ke pagi.Hoho..Bangun pagi uruskan hal rumah mertua , ,mengemas , membasuh apa yang patut sebab mak mertua di hospital menguruskan ayah..Masak untuk adik-adik makan.

Tengah hari tu pergi ke HUSM untuk melawat ayah.Sebak sungguh bila lihat keadaan ayah.Sebelum ni balik kampung tengok ayah sihat kali ni balik tengok ayah terbaring memang hampir buatkan sya mengalir air mata,tapi tehan jer sebab tak nak tunjuk depan mak nanti sure mak pun sedih.

Seminggu lebih sya di kampung uruskan adik-adik.ke hospital pun selang sehari.Dan alhamdulillah sebelum sya balik ke Shah Alam keadaan ayah nampak semakin pulih biarpun masih tak dapat untuk gerakkan badan tanpa bantuan orang lain.

Untuk ayah kami anak-anak sentiasa mendoakan supaya ayah kembali sihat seperti sediakala.Kami rindu dengan gurauan ayah , rindu nak makan sama-sama , rindu nak tengok lambaian ayah setia[ kali kami nak balik ke Shah Alam…Rindu semuanya tentang ayah.Biarpun ayah hanya mertua tapi sya sayangggggg sangat kat ayah..

Boleh baca tentang definisi strok di sini.

3 thoughts on “Kenapa Blog Sunyi Tanpa Entry ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge