Kenapa HB Rendah Semasa Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil Vitamin Untuk Ibu Mengandung Vitamin Untuk Naikkan HB
Bacaan HB rendah semasa mengandung  adalah perkara paling merisaukan buat ibu ibu bila bacaan berada di bawah paras normal yang sepatutnya , tahap normal hemoglobin ibu mengandung ialah melebihi 11 g/dl.Setiap kali checkup mesti wajib ambil darah kan untuk menentukan paras Hb dalam darah.
Apa itu Hb? Kenapa pentingnya nak kena cek Hb untuk wanita hamil? HB ialah kekurangan jumlah sel darah merah, atau paras hemoglobin yang rendah di dalam darah. Apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), individu tersebut menghadapi risiko anemia, dan kekurangan zat besi.
Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup. Walaupun bukan punca utama, kekurangan zat besi merupakan punca kebanyakan kes anemia-hemoglobin rendah di kalangan ibu hamil.

Bahaya Hemoglobin Rendah Ketika Hamil

Jika anemia tidak dirawat dengan baik, bahaya hemoglobin rendah ketika hamil ialah risiko:
·
ibu jadi letih, lesu, mudah pitam & pening kepala.
·
kelahiran bayi pramatang,
·
berat bayi terlampau rendah,
·
keguguran bayi,
·
perkembangan mental & fizikal yang lemah.
·
jika bayi perempuan, berkemungkinan menjadi wanita anemia.
 

 Apakah Penyebab Hemoglobin Rendah (low Hb)?

1. Kekurangan Zat Besi (Iron)

Kekurangan zat besi ketika hamil merupakan punca utama bacaan HB ibu-ibu rendah. Zat Besi amat penting dalam penghasilan sel darah merah, kerana badan kita memerlukan zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan hemoglobin darah. Hemoglobin darah adalah protein didalam sel darah merah yang bertugas membawa oksigen dari jantung ke seluruh badan.
Walaubagaimanapun, kebanyakan ibu mengandung menghadapi kekangan untuk mendapatkan sumber zat besi yang mencukupi dari pemakanan harian kerana mabuk loya, kerap muntah selepas makan, kurang selera makan, ataupun terlalu memilih makan. Sebab itu nurse selalu ingatkan kita untuk makan Vitamin terutamanya yang kaya dengan zat besi (iron) bagi membantu meningkatkan bacaan HB ibu-ibu mengandung.
 

 

2. Kurang pengambilan Asid Folik

Ketika hamil wanita perlukan lebih banyak kandungan folat bagi membantu penghasilan sel sel darah yang
sihat. Pengambilan Asid Folik yang tidak mencukupi merupakan sebab lain HB rendah ketika hamil. Ibu hamil mestilah mendapatkan asid folik sejak di awal kehamilan lagi.
Berapa jumlah Asid Folik yang harus ibu makan ? (mengikut cadangan jumlah Asid Folik buat ibu hamil adalah
sebanyak 400mg sehari) Kalau kita beli Asid Folik di klinik atau farmasi biasanya dah ditulis berapa jumlah (mg) Asid Folik untuk setiap 1 tablet. Senang la ibu nak agak kan.
Asid Folik merupakan vitamin B9 yang juga boleh dijumpai secara semulajadi di dalam makanan harian kita. Tak
semestinya ibu dah makan Asid Folik yang beli dekat farmasi tu ibu dah tak perlu ambil makanan yang tinggi folat. Ibu-ibu kena topup juga folat secara semulajadi daripada apa yang ibu makan. Mana tahu ia membantu menaikkan bacaan HB kan?
Kekurangan Asid Folik bukan sahaja boleh menjejaskan penghasilan Sel Darah ia juga boleh mengakibatkan
kecacatan bayi seperti spina bifida dan neural tube defect.

3. Kekurangan Vitamin B12

Badan kita memerlukan Vitamin B12 untuk membantu menghasilkan sel darah merah yang sihat. Ketika hamil ibu yang kekurangan Vitamin B12 daripada pemakanan dan diet hariannya tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang sihat. Ibu hamil yang tak makan daging, ayam, produk tenusu dan telur akan lebih terdedah kekurangan Vitamin B12. Kerana dari makanan-makanan tersebut kita boleh mendapatkan Vitamin B12 untuk badan kita.

4. Kekurangan Vitamin C

Vitamin C sangat membantu dalam penyerapan zat besi. Kekurangan Vitamin C juga boleh mengakibatkan bacaan HB ibu rendah. Ibu rasa dah banyak makan makanan yang tinggi dengan zat besi (iron). Akan tetapi kekurangan Vitamin C boleh menjejaskan penyerapan zat besi didalam tubuh badan kita.
Sebab tu kalau boleh seimbangkan pengambilan zat besi & vitamin C. Banyak makanan boleh kita dapat ianya
tinggi dengan Vitamin C.
Jangan pandang remeh akan masalah bacaan Hb rendah semasa mengandung. Kalau tidak masakan setiap kali pemeriksaan antenatal dijalankan, jururawat akan memeriksa bacaan Hb anda.
Bertindak segera untuk naikkan bacaan sebelum terlambat kerana risiko yang boleh berlaku kepada ibu dan bayi termasuk keguguran, pitam, pendarahan, pertumbuhan janin terbantut, bayi kurang berat badan, lahir pramatang dan lemas semasa lahir.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge