Uncategorized

KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU HAMIL

Apabila disahkan hamil segala keperluan khasiat makanan perlulah diambil
berat. Pengambilan vitamin dan mineral harian perlulah ditambah dari biasa kerana kita dah terpaksa berkongsi segalanya dengan bayi dalam kandungan.
Banyak sebenarnya kepentingan kalsium untuk ibu hamil yang perlu dititik
beratkan.
Ibu hamil perlu mengambil sebanyak 1200-1500mg kalsium setiap hari. Bagi memenuhi keperluan kalsium harian, ibu hamil
boleh banyakkan minum susu, makan yogurt, jadikan keju sebagai kudapan dan juga
makan manisan puding yang dicampurkan dengan susu. Selain itu, sayuran hijau seperti
brokoli, bayam, sawi juga mengandungi banyak kalsium dan mineral lain.
KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK KESIHATAN TULANG DAN GIGI
Tahukah anda jika pengambilan kalsium
tidak mencukupi ketika hamil, ibu-ibu akan berisiko mengidap osteoporosis
apabila usia telah meningkat kelak. Sangat penting untuk kita memastikan kalsium diambil
mencukupi ketika hamil bagi memelihara kesihatan tulang dan gigi si ibu tetapi
juga untuk perkembangan organ serta tulang bayi dalam kandungan. Jika kalsium
tidak mencukupi, bayi dalam kandungan akan menarik bekalan kalsium si sibu.
Oleh sebab itu, tulang si ibu akan mudah menjadi rapuh dan patah. Kesannya
bukan hanya setakat ketika hamil sahaja tetapi untuk jangka masa panjang.
PASTIKAN VITAMIN D DIAMBIL BAGI MEMASTIKAN
KEPENTINGAN KALSIUM DISERAP SEPENUHNYA OLEH BADAN.
Vitamin D boleh diperolehi daripada
sinaran cahaya matahari. Walau bagaimanapun, sumber lain seperti telur, tahu
dan juga sumber soya lain juga mempunyai bekalan Vitamin D yang diperlukan oleh
badan. Jika anda mengambil tablet kalsium pastikan mengambil sekali Vitamin D.
Ini bagi memastikan kalsium diserap sepenuhnya dalam badan dan tidak
membawa kesan buruk kepada kesihatan dalam jangka masa panjang. Itu sebab sya memang suka Ostematrix yang ada sekali Vitamin D serta Magnesium yang selamat
diambil oleh ibu hamil . Jangan risau ada mineral tertinggal di dalam badan kerana
In Shaa Allah semuanya diserap sepenuhnya.
ANTARA KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU HAMIL IALAH :
§  memelihara kesihatan tulang, dan gigi si ibu
§  bagus untuk perkembangan tulang dan gigi bayi dalam
kandungan
§  mencegah osteoporosis di kalangan ibu hamil serta
ibu menyusu
§  memelihara sistem saraf dan juga salur darah dalam
badan. Oleh sebab itu, masalah kebas-kebas dan juga kaki cramp ketika hamil
dapat dielakkan
§  Jika ibu-ibu mengalami sakit badan atau otot serta
sakit pinggang pengambilan kalsium dapat melegakan masalah tersebut
§  Selain itu, ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah
tekanan darah tinggi, pengambilan kalsium dapat menstabilkan tekanan darah
ketika hamil
§  Ada juga ibu hamil yang mengalami sembelit dan
paling teruk sekali boleh membawa kepada buasir, pengambilan kalsium bersama
magnesium boleh memberikan kesan lawas yang diingini.
Jika anda seorang ibu hamil ataupun ibu menyusu pastikan anda mengambil kalsium yang mencukupi setiap hari yer.Kalau susah sangat nak dapatkan kalsium yang mencukupi anda boleh hubungi sya 
untuk dapatkan ostermatrix yang bukan hanya sekadar kalsuim.
Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent
Distributor Fisya

SMS | WhatssApp : 017-4205506

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge