Uncategorized

Ketidakselesaan Pada Akhir Kehamilan


Memasuki minggu ke-28 kehamilan,bermakna kita dah masuk fasa trimester ketiga.
Fasa menunggu hari dan seterusnya bersedia untuk menerima kehadiran orang baru
dalam keluarga. Pada trimester ketiga ni, dengan keadaan perut yang memboyot,
kita mulalah rasa sangat letih dan tak larat nak bergerak banyak.
Pada waktu ni pertumbuhan baby berlaku dengan pantas
sekali. Perubahan ini membantu kita untuk membuat persiapan apa yang bakal
dijangkakan. Pada saat ini, kita juga akan dapat merasakan beberapa contraction
palsu yang tidak sekata yang berlainan dengan contraction sebenar. Sekiranya
anda hendak pastikan bahawa contraction itu adalah yang sebenar dan bukannya
Braxton Hicks,Walaupun contraction tersebut tak berapa sakit, tapi ia tetap
mengganggu dan boleh menyebabkan kita menghentikan seketika aktiviti yang
sedang dilakukan.

Ketidakselesaan Pada Akhir Kehamilan:

1.   Keletihan otot perut dan kegatalan
kulit pada bahagian perut
·      kegatalan di bahagian perut berlarutan hingga
tiga bulan terakhir. Ini berlaku akibat daripada pengembangan perut dan ligamen
di bahagian tersebut. Pembesaran rahim dan baby juga menyebabkan tekanan pada
bahagian abdomen dan kegatalan berlaku disebabkan pengembangan kulit.
2.   Sakit kepala dan sakit
belakang
·      sakit kepala sering berlaku akibat dari
kurangnya berehat. Dapatkan rehat yang secukupnya terutamanya jika berasa
tertekan dan emosional.
·      Sakit belakang pula berlaku akibat perut yang
semakin membesar dan merubah postur badan kita. Pakailah kasut yang selesa
serta jangan duduk atau berdiri terlalu lama.
3.   Badan terasa panas dan
tidak selesa
·      Ia adalah tindakbalas normal metabolik yang
berlaku kepada ibu hamil. Badan akan bekerja keras untuk menyokong baby. Anda
mungkin berpeluh walaupun orang sekitar sedang menggigil kesejukan
4.   Lelehan susu pada payudara
·      Kolostrum mungkin sudah mula keluar dari
payudara pada akhir kehamilan. Kolostrum adalah cecair kuning yang kaya dengan
nutrien dan akan diminum oleh baby anda beberapa hari selepas kelahirannya
sebelum susu sebenar keluar pada hari kedua atau ketiga selepas lahir.
5.   Susah hendak tidur lena
·      Dah menjadi kelaziman ibu hamil, bila dah
masuk trimester ketiga ni, tak boleh nak tidur nyenyak.
·      Kekerapan nak buang air kecil serta keadaan
perut yang semakin membesar menyebabkan si ibu kurang selesa hendak tidur.
·      Untuk pastikan anda mendapat rehat yang
secukupnya, tidurlah pada bila-bila masa yang anda selesa.
6.   Hidung tersumbat dan berdarah
·      Perubahan hormon menyebabkan membran mukus
menggelembung, hidung kita tersumbat atau hidung berdarah.
7.   Sesak nafas
·      Ia disebabkan oleh perubahan hormon yang
memberi kesan kepada pengaliran darah dalam peparu.
·      Pada trimester ketiga ni, masalah sesak nafas
boleh disebabkan oleh pembesaran rahim yang menekan diafragma, menjadikan
pernafasan semakin sukar.
·      Sesetengah ibu hamil yang tiada sejarah asma,
mendapat simptom asma pada akhir kehamilan
8.   Bengkak pada bahagian kaki
·      Kaki yang membengkak semasa kita hamil adalah
disebabkan oleh kandungan air yang banyak. Masalah ini berpunca daripada jumlah
cecair (air, darah, air ketuban) yang ada dalam badan.
·      Luruskan kaki seboleh yang mungkin dan jangan
duduk bersilang. Kadang-kadang bengkak kaki juga adalah tanda-tanda tekanan
darah tinggi atau pre-eklampsia.
9.   Buasir
·      Secara teknikalnya, buasir adalah bengkak
urat dalam kawasan rektum. Hormon dan tekanan pada usus, termasuk ketegangan
ketika perubahan usus boleh menyebabkan keadaan yang sedia ada.
10.  Bengkak gusi
·      Perubahan hormon juga boleh menyebabkan gusi
bengkak. Anda juga mungkin mengalami gusi berdarah apabila menggosok gigi.
·      Gunakanlah berus gigi yang lembut, dan
teruskan menggosok gigi dan flos gigi seperti biasa.
11.  Lelehan air kencing
·      Dengan keadaan rahim yang menekan ke bawah
pundi kencing, titisan air kencing mungkin keluar ketika anda batuk, bersin
atau ketawa.
·      Lelehan urin ini adalah sebagai petanda yang
anda perlu mula melakukan senaman lantai pelvik dan berlatih kontraksi otot di
bahagian vagina dan anus.
Kalau anda tidak selesa dan tidak larat
sepanjang kehamilan, boleh cuba dapatkan Set
Kehamilan Shaklee
 yang
telah membantu ibu-ibu untuk kekal bertenaga sepanjang kehamilan. Bacaan HB ok,
tidak kejang kaki, tiada sembelit, itu semua adalah bonus bagi kita yang hamil.
Hubungi saya untuk
dapatkannya sekarang dan dapatkan cara makan yang betul agar sentiasa cergas
bertenaga sepanjang kehamilan.

Nak beli sendiri? Boleh juga. Klik je link bawah ni:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge