Luka Jahitan Bersalin Terbuka Semula

Luka Jahitan Bersalin Terbuka Semula.

Vitamin Ibu Berpantang

 

Antara perkara paling dirisaukan dan ditakuti paling ngeri  oleh ibu berpantang adalah kawasan jahitan di vagina terbuka semula ??
 
Kebanyakan ibu akan berjalan perlahan kerana bimbang luka jahitan terbuka kembali. Sebab itu lah orang tua-tua selalu  pesan kepada kita supaya menjaga bahagian vagina yang baru mengalami luka bersalin dengan elok.Di suruh berjalan perlahan2.
 
Tetapi adakalanya disebabkan kesibukan menguruskan anak yang lain atau baby yang baru lahir dan diri sendiri semasa berpantang jika tiada pembantu ada ibu yang kadang terlupa dan terpaksa bergerak pantas. Tanpa disedari jahitan lukanya telah terbuka. Memang menakutkan!Scary ok..
 
Kes jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh dua minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti. Menurut doktor, kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan berlaku jangkitan kuman pada luka bersalin.
 

Tanda-tanda Jahitan Bersalin Terbuka

 
1. Rasa sakit yang teramat sangat lebih daripada dua hingga tiga hari. Ini kerana sudah ada jangkitan kuman sebab itu ibu berasa sakit lebih daripada dua hari.
 
2. Berlaku pembengkakan, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka.
 
 
 
 

Komplikasi Yang Berlaku Bila Jatihan Terbuka

 
1. Menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan.
 
2. Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin.
 
3. Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusukan bayi kerana menanggung kesakitan pada luka tersebut.
 
4. Risiko luka lambat sembuh dan ibu perlu menanggung kesakitan dijahit semula.
 
5. Luka jahitan terbuka memang akan sembuh tetapi sembuh dalam keadaan parut yang tidak cantik, otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat.
 
Jadi, pastikan ibu berpantang menjaga kebersihan luka jahitan, mengawal pergerakan diri dan mengamalkan
pengambilan makanan seimbang. Pastikan badan cukup vitamin terutama vitamin C kerana ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
 
Ibu selepas bersalin, digalakkan mengambil multivitamin dan makan banyak sayur serta buah-buahan kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan masalah sembelit. Selain dari itu ikut nasihat doktor tentang penjagaan kawasan luka pembedahan. Jangan sekali-kali menggunakan sebarang ubat tradisional yang tiada jaminan tanpa nasihat doktor.
 
Nak mudah tanpa perlu memikirkan effect pada bayi boleh ambil SET BERPANTANG SHAKLEE.Boleh terus di ambil sebaik keluar dari labour room.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge