Majlis Sambutan Hari Lahir Nur Damia Insyirah

Uncategorized

Alhamdulilah syukur majlis sambutan hari lahir puteri kedua sya selesai mengikut seperti yang telah dirancang.

Kami laki bini sepakat mengadakan sedikit majlis makan-makan untuk Damia.Tahun ni ada rezeki lebih jadi untuk itu kami kongsikan bersama-sama dengan cara adakan makan-makan.Majlis pun bukan la sebesar mana.Buat ala kadar ikut poket kami.Hanya menjemput saudara mara terdekat jer.

Semua makanan kami tempah memandang kami tidak punyai peralatan untuk memasak dengan kuantiti yang banyak.Ok la tu kan rezeki untuk tukang masak..hihihi…

Makanan pun tak banyak yang kami order.Bajet dalam 50 orang makan je.Bihun goreng kami tempah dengan kawan sekerja suami sya.roti jala tempah dengan kenalan kakak sya dan yang special kek dia sya tempah dengan omak shaklee sya Puan Farha.Sya da banyak kali makan kek dari kak Farha jadi secara jujur kek yang di buat memang superb sedap dia hingga menjilat jari.

Awalnya sya inginkan kek bernumber tapi memandangkan rata-rata yang sya tanya macam tak berbaloi dengan harga sya cancel niat tu..Hahaha..Bak kata en suami sya asalkan ada kek sudah.Terlintas di fikiran nak order kek chocolate indulgence secret recipe tapi sya fikir lagi baik order dengan kak Farha jer sebab terjamin kesucian dan kebersihannya.Rasa pun sama jer dengan kek secret resipe.Sumpah tak tipu.Sapa-sapa yang dok area shah alam inginkan kek homemade boleh contact kak Farha.Hihi

Majlis di mulakan dengan bacaan doa selamat oleh atuk Kahar ( FIL kakak sya.ta da mcm ayah sya sendiri tau)Sesekali buat makan-makan di rumah ni memang rasa seronok sangat.Riuh jer rendah biarpun dah memang hari-hari riuh.

Semoga ada lagi rezeki sya untuk adakan majlis makan-makan ni di masa akan datang.Biarpun makanan tak banyak tapi alhamdulilah cukup untuk semua jemputan sya.

Terima kasih pada semua yang sudi datang memeriahkan majlis hari lahir Nur Damia Insyirah yang ke-2 tahun.

4 thoughts on “Majlis Sambutan Hari Lahir Nur Damia Insyirah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge