Makanan Berkhasiat Untuk Kekal Bertenaga Semasa Berpuasa

Uncategorized

Berpuasa secara asasnya agak meletihkan terutama
yang bekerja. Disamping amalan berpuasa, amalan-amalan sunat yang
lain juga memerlukan tenaga agar kita lebih kusyuk di dalam beribadah.
Bagi memastikan diri kita sentiasa cergas dan kekal
bertenaga semasa bekerja, pemilihan makanan berkhasiat ketika bersahur
amat penting kerana ia mampu memberi tenaga kepada kita untuk melakukan
aktiviti seharian.
 Makanan Berkhasiat Untuk Kekal Bertenaga Di Bulan
Ramadhan
 Semasa Sahur
Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur
, oat dan kuih-muih. Pengambilan karbohidrat kompleks ketika bersahur adalah
amat disyorkan. Bergantung kepada kuantiti yang diambil, karbohidrat kompleks
mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.
Sertakan juga dengan pengambilan protein kerana
struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan.
Pilihlah protein yang rendah Biological value (BV) kerana lebih rendah nilai
BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan
ialah Ikan (83), Daging (80), Ayam (79), Casein (80),
Soya (74) dan kekacang (49).
Jadi untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak
bertenaga semasa berpuasa, kita perlu memaksimumkan simpanan glikogen(Glikogen
merupakan simpanan karbohidrat dalam bentuk glukosa di dalam tubuh yang
berfungsi sebagai salah satu sumber tenaga). Caranya ialah dengan melewatkan sahur, kerana glukos
daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih
lama.
Ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi,
capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa
lapar.
Akhir sekali, pastikan jumlah pengambilan air adalah mencukupi. Ini
kerana keletihan utama ketika berpuasa adalah disebabkan oleh kurangnya air
dalam badan dan bukannya disebabkan perut terasa lapar atau tak cukup makan
(melainkan anda memang tak sahur pada awal pagi tersebut). Berapa banyak yang
diperlukan? 3-5 gelas air, diagih secara berperingkat dari awal sahur,
hinggalah ke akhir sahur.
Berbuka Puasa
Ketika berbuka puasa, jangan habiskan kesemua
juadah yang terhidang dalam satu masa sahaja. Ia mungkin boleh dibahagikan
secara berperingkat dan sebagai permulaan, buka puasa dengan meminum air,
kuih-muih dan juga buah-buahan. Beri masa kepada perut untuk “warm up”, dan
gunakan tempoh transisi yang ada untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu
sebelum mencernakan sesuatu yang lebih berat, terutamanya makanan berminyak.
Jangan dilupa juga 2-3 gelas air masak (atau air manis, jika kurma tidak
diambil) untuk memastikan sel di dalam badan dihidratkan semula.

Daripada segi pengambilan makanan, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan
bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat
dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat,
karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan.
Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang
diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang
digunakan pada siang hari.
Elakkan makan makanan yang berat secara menerus
kerana pada ketika ini badan berada pada fasa yang dikenali sebagai “Insulin Spike“, memandangkan paras glukosa
dan insulin dalam darah sebelum ini adalah rendah kerana berpuasa. Ketika fasa
ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk
membantu transportasi glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa
dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa
badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh
badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan, ini akan mengakibatkan kita
makan secara berlebihan .
Makanan Yang Perlu Dielakkan Di Bulan Ramadhan
·        
Makanan yang mengandungi garam berlebihan dalam makanan
atau minum kopi (kafein) ketika bersahur kerana
ia bersifat diuretic, bermaksud tubuh akan lebih cenderung/kerap untuk
menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing, sekaligus anda mudah
berasa dahaga ketika berpuasa.
·        
Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman,
seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
·        
Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam
terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang
cepat terasa letih.
·        
Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam
suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik.
Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.
Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara
sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang
berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan kita lebih
kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih
berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan kita  minum banyak air semasa selepas berbuka dan
bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.
Di samping itu, salah satu cara mudah untuk
mendapatkan tenaga segera dan berpanjangan di bulan Ramadhan, adalah
dengan mengamalkan Set Mighty 3Gem Shaklee.
Set Mighty 3 Gem terdiri daripada ESP, Mealshakes
& Performance Drink (PD). Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri
dalam mengekalkan kecergasan dan tenaga badan khususnya di bulan Ramadhan dan
sangat baik untuk diamalkan oleh semua lapisan individu termasuk ibu
mengandung, ibu menyusu, warga tua mahupun kanak-kanak.
Mari kita lihat apakah kepentingan ketiga-tiga
suplemen ini.
1. ESP (Energizing Soy Protein)
ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat
dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan
POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
·        
Ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
·        
Membantu kita melapik perut dan menahan lapar
kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik
di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih
ulu hati! Sangat sesuai bagi yang menghidapi gastrik
·        
Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi
makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada
si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa
2. Meal Shakes
·        
Meal Shakes ini berperisa vanila yang pasti dapat
memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis
vitamin dan mineral yang penting
·        
Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut
membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
·        
Memelihara kesihatan melalui kandungan
vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang
selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita.
3. Performance Drink
Performance Drink mempunyai rasa oren yang
menyegarkan!
Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa
ini?
·        
Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang
menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga
melalui:
·        
Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT
bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.
·        
Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting
untuk membantu mencegah penyahidratan.
·        
Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras
gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi
penghidratan yang wajar.
Mighty 3 Gem ini juga sesuai untuk diberikan kepada
suami dan anak-anak (lebih-lebih lagi yang baru hendak belajar berpuasa pasti
letih kan).
Jom dapatkan set mighty 3 gem ni
.Terbaik untuk seisi keluarga terutama kepada anak kecil yang dalam proses
hendak berpuasa.Pembelian boleh di buat menerusi online atau hubungi sya untuk
cod di sekitar shah Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge