Uncategorized

Makanan Naikkan HB Ibu Hamil

“ Aduh selalu sakit kepala , rasa nak pitam , selalu letih padahal
dah cukup rehat rupanya nurse kata sya ada masalah anemia / HB rendah. Patutlah
rasa tak larat semacam. Apa makanan tambah darah yang betul-betul berkesan
ya?” .


Kebiasaannya ,
ibu hamil buat kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang HB rendah
atau anemia semasa hamil.Akan tetapi  ,
pada yang sudah berpengalaman hamil lebih daripada sekali biasanya mereka lebih
arif dengan perkataan anemia , haemoglobin (HB) , zat besi dan
seangkatandengannya.
Anemia boleh
didefinasikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iautu
jumlah HB di dalam darah berkurangan.Jumlah HB normal untuk wanita hamil
mestilah 11 – 15 gram/dl.Biasanya jumlah HB sebelum dan selepas hamil adalah
berbeza dan bacaan bagi wanita tidak hamil bacaan HB yang normal adalah 12-16
gram/dl.Bagi wanita hamil jika bacaan kurang dari 10 , ibu hamil sangat
berisiko menghidapi anemia.

Ibu hamil jangan
ambil mudah pada masalah anemia ye sebab nya anemia boleh menyebabkan kelahiran  pra-matang.Ibu hamil yang menghidapi anemia
sering berasa letih dan lemah.Kekurangan zat besi , folat dan vitamin B12
adalah punca utama masalah anemia.Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien
yang diambil oleh ibunya.Di sebabkan itu ibu hamil perlulah mengambil makanan
yang mengandungi zat besi ,  folat dan
vitamin B12 dalam jumlah yang lebih berbanding biasa (sebelum hamil) bagi
mengekalkan jumlah HB dalam darah.
Jom sya
kongsikan antara makanan yang biasa dicadangkan untuk penghidap anemia.



1. Daging Merah –
Berbanding dengan daging putih dalam ayam
atau burung, daging merah pada haiwan seperti kambing, kerbau, dan lembu lebih
kaya dengan protein dan banyak mengandung zat besi serta mineral
lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3, dan
selenium yang diperlukan oleh ibu hamil.Kesemua mineral ini mampu meningkatkan HB dengan cepat.


2. Sayuran Berdaun Hijau – Sayuran
yang mengandung zat besi yang tinggi adalah sayuran berdaun hijau
terutamanya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, kailan, dan sawi juga amat
membantu ibu hamil untuk mengelakkan anemia.
Selain
itu, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang
turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.
3. Kekacang –
Adalah satu sumber untuk mencegah anemia.Ambillah kekacang sebagai snek bagi
menggantikan makanan ringan.

4.  Hati – adalah
salah satu makanan paling tinggi zat besi.Hati ayam (100gms) mengandung 9
mg zat besi. Hati lembu mengandungi lebih kalori dibandingkan dengan jenis
hati lain, namun banyak mengandungi kadar zat besi yang tinggi.


5. Tembikai – adalah salah satu ‘super food’ dan makanan tambah darah yang kurang
diketahui ramai. Istimewanya, buah ini kaya dengan vitamin A.
Selain terkenal dengan memperbaiki kesihatan mata,
vitamin A juga sangat berkesan meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat
membantu zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen. 

6. Kuning
Telur – Telur mengandung protein, kalsium, dan vitamin serta zat besi. Untuk
kesan yang lebih baik, belilah gred telur elok dan diperkaya dengan Omega-3.
Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan tambah darah. Cuba
amalkan pengambilan telur secara teratur 2 kali sehari.
7.  Jambu Batu – Vitamin C ini akan membantu
penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Menurut kajian, buah
jambu batu memiliki kandungan Vitamin C sebanyak 2 kali lebih banyak dari
Vitamin C yang ada di buah oren!
8. Ikan
Salmon – mengandung asid lemak Omega-3. boleh meningkatkan bacaan Hb ketika mengandung
kerana ia turut mengandungi Vitamin B-12 untuk pembentukan sel-sel darah.
9. Buah-buahan
Kering
– amat sesuai
sebagai snek kudapan dan makanan tambah darah ibu hamil. Tinggalkan ‘junk food’ dan
beralihlah kepada kismis, kurma, prun, aprikot, dan buah tin.
Semua buah-buahan kering ini bukan sahaja sedap dan sihat, malahan ia
turut memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam
darah.
10.Kentang – kentang juga mengandung zat besi dan juga vitamin
C yang membantu untuk meningkatkan penyerapan zat
besi dalam tubuh.

Vitamin C juga dapat mengikat radikal bebas dan memperkuat
sistem kekebalan dalam tubuh. Untuk pengetahuan anda, kentang adalah salah satu
sumber terbaik zat besi untuk vegetarian.

Selain
daripada pengambilan makanan dan minuman di atas, pastikan anda mengamalkan
corak pemakanan yang sihat. Pastikan anda meminum air kosong secukupnya
untuk memastikan kandungan elektrolit dalam tubuh anda tidak terjejas.
Jika bacaan Hb anda terlalu rendah, jangan
teragak-agak untuk mengambil suplemen yang dibekalkan oleh doktor mengikut
rutin yang telah ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge