Makanan Yang Bagus Dan Makanan Yang Bahaya Untuk Cyst

Vitamin Untuk Cyst Vitamin Untuk Wanita
Ada beberapa faktor yang dikaitkan dengan ovarian cyst ini antaranya adalah cara pemakanan kita sekarang yang kurang sihat, terlalu banyak MSG (bahan perasa), banyak ambil makanan segera , pemakaian tuala wanita pakai buang (pad) dan banyak lagi.
Selalunya, wanita yang menghidap penyakit ini tidak sedar akan kewujudannya kerana ia tidaklah mendatangkan apa-apa masalah. Namun, ada juga yang mengalami simptom-simpton ketidakselesaan seperti perut yang terasa seakan buncit dan kembung, haid yang tidak teratur, sakit pada tulang pelvis sebelum atau semasa datang haid, sakit ketika melakukan hubungan intim bersama suami, sakit pada bahagian belakang, loya dan mabuk. Ada sesetengah ovarian cyst ini menyebabkan anda menjadi tidak subur.
Ada juga ovarian cyst ini hilang dengan sendirinya dalam beberapa bulan. Namun, ada beberapa rawatan semulajadi yang boleh dilakukan untuk melegakan simptom dan membantu mengecutkan saiz cyst tersebut.

Rawatan Cyst Secara Semulajadi

1. Teh chamomile

·
Teh herba ini juga dianggap sebagai ubat terbaik untuk merawat ovarian cyst dan apa sahaja ketidakselesaan yang dihadapi. Kesan sedatif lembut teh chamomile akan mengurangkan kesakitan dan membantu anda untuk berehat.
·
Selain itu, sifat panas semulajadi teh ini membantu mengawal haid yang tidak teratur dengan merangsang aliran darah pada bahagian pelvis dan rahim
·
Campurkan 2 sudu teh chamomile yang kering ke dalam secawan air panas.Tutup cawan dan biarkan selama 5 minit.Tapiskan dan tambah 1 sudu kecil madu dan minumlah air teh tersebut. Anda boleh minum 2-3 cawan sehari.

2.   Cuka Epal (Apple Cider Vinegar, ACV)

·
Cuka Epal boleh membantu mengecut dan membubarkan ovarian cyst yang disebabkan oleh kekurangan potassium. ACV ini tinggi kandungan potassiumnya.
·
Tambahkan 1 sudu besar ACV ke dalam segelas air suam.
·
Campurkan 1  susu besar black strap molasses
·
Minum 1-2 gelas minuman ini setiap hari.
·
Lakukan rawatan ini sehingga ovarian cyst hilang sepenuhnya.
·
Rawatan ini juga akan membantu sekiranya anda mengalami pendarahan haid yang berlebihan dan juga kembung serta kekejangan sepanjang tempoh haid.

3.    Ubi Bit (Beet Root)

·
Ubi bit mengandungi sebatian yang dikenali sebagai betacyanin yang meningkatkan keupayaan hati untuk membersihkan toksin daripada sistem anda.
·
Tambahan pula, sifat alkalinya membantu mengimbangi keasidan dalam badan anda. Ini seterusnya mengurangkan simptom ovarian cyst.
·
Campurkan satu setengah cawan jus ubi bit yang segar dengan 1 sudu besar gel lidah buaya dan 1 sudu besar blackstrap molases.
·
Minum sehari sekali sebelum mengambil sebarang sarapan.
·
Amalkan seharian sehingga simptom berkurangan

4.   Halia

·
Halia adalah herba yang kuat sifat anti-radangnya yang dapat melegakan kesakitan.
·
Kisarkan menggunakan pengisar jus, 2 inci halia, 2 batang celery, setengah gelas jus epal dan 3/4 nenas.
·
Minum sehari sekali sehingga cyst sudah tiada.
·
Anda juga boleh minum 2-3 cawan teh halia setiap hari.

5.  Flaxseed

·
Flaxseed membantu mengimbangi nisbah estrogen kepada progesteron dalam badan kita. Ini akan membantu mengurangkan cyst.
·
Tambahan pula, Flaxseed adalah kaya dengan serat yang dapat membantu badan menyingkirkan toksin yang berbahaya, kolesterol dan bahan buangan lain yang diproses oleh hati
·
Campurkan 1 sudu besar flaxseed yang telah dikisar lumat dalam segelas air suam. Minum setiap hari semasa perut kosong sehingga anda dapat lihat perubahan kesihatan anda yang semakin baik.
·
Anda boleh juga tambahkan flaxseed yang telahh dikisar itu kepada yogurt, smoothies, sup dan juga salad

6.   Badam

·
Badam adalah makanan yang kaya dengan magnesium yang membantu mengurangkan kekejangan yang disebabkan oleh ovarian cyst
·
Hanya makan beberapa biji badam yang telah dipanggang untuk mengurangkan rasa sakit
·
Sebagai alternatif, urut dengan lembut kawasan perut dengan minyak badam yang juga boleh membantu
melegakan sakit dan kembung perut
·
Anda juga boleh tambahkan 1 sudu kecil minyak badam manis ke dalam segelas air susu suam dan minum sehari sekali sehingga sembuh sepenuhnya
7.    Banyakkan pengambilan air
·
Apabila anda menderita ovarian cyst,
adalah sangat penting untuk meningkatkan pengambilan cecair anda.
·
Pilihan terbaik adalah air. Cuba
amalkan pengambilan air beralkali dan bertapis secara kerap.
·
Anda juga boleh menambahkan lemon kedalam segelas air sebelum meminumnya. Ini kerana sifat semulajadi lemon yang sangat unik adalah, ia akan berubah sifat dari asid kepada alkali sebaik sahaja masuk ke
·
Air akan mengepam keluar toksin yang berbahaya daripada sistem anda.
·
Selain itu, anda juga boleh minum air kelapa dan juga jus sayuran hijau.
Makanan yang bahaya dan perlu dielakkan untuk pesakit cyst
1) Alkohol
2) Daging merah
3) Gandum
4) Kafein ( kopi ,nescafe dan teh)
5) Gula putih
6) Keju
7) Pastri
8) Roti Putih
9) Biskut
10) Makanan sejuk beku (Frozan)
11) Fast Food
12) Makanan yang telah di proses
Apa yang penting kita kena fahamkan betul-betul apa yang menyebabkan cyst terjadi dan  semakin membesar.Selepas tu  sebolehnya cuba elakkan makan makanan yang bahaya dan perlu dielakkan untuk pesakit cyst seperti yang sya senaraikan di atas.
Semoga entri ini bermanfaat untuk semua .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge