Punca Dan Cara Mengatasi Masalah Obesiti

Vitamin Untuk Detox Vitamin Untuk Jantung Vitamin Untuk Kencing Manis Vitamin Untuk Kurus
Tahukan anda, Malaysia merupakan negara orang gemuk?? Ini bukan sya yang cakap atau reka
cerita yer  tau, tapi statement ni datang dari keratan artikel di surat khabar.. Untuk tahu bagaimana Obesiti terjadi dan cara untuk mengatasinya, jemput baca sharing sya di bawah ye..
“Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti tahun lalu mendapati jumlah penghidap kencing manis di Malaysia meningkat daripada 2.6 juta tahun lalu berdasarkan trend peningkatan 15 peratus setahun membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas.
Ini menyebabkan Malaysia kemungkinan besar memiliki penghidap diabetes paling tinggi di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun apabila 3.6 juta rakyatnya menghidap penyakit kronik itu.
Perkara ini kelihatan tidak mustahil untuk berlaku kerana Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan tahun lalu menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di negara ini menghidap kencing manis.
Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara
dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.”

Apa itu Obesiti?

Keadaan di mana tubuh badan mengandungi lemak yang berlebihan sehingga pada satu tahap
menyebabkan gangguan kepada kesihatan kita.

Penyebab Obesiti?

Makan secara berlebihan melebihi keperluan badan – Maksudnya jangan makan ikut nafsu, tetapi
makan ikut keperluan.
Senaman dan aktiviti fizikal yang tidak mencukupi – Luangkan masa bersenam sekurang-kurangya 15 minit sehari.
Penyakit yang berkaitan dengan Obesiti
  •    Sakit jantung
  •    Strok
  •    Diabetis
  •    Kanser
  •    Pernafasan terhanti sewaktu tidur (Sleep Apnea)
  •    Osteoartritis – radang pada sendi /sakit-sakit sendi
  •    Gout
OBESITI: Punca Dan Pencegahan
Selain menjaga pemakanan, penting juga untuk anda melakukan senaman. Antara faedah-faedah bersenam adalah:
  •    Meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru
  •    Mengurangkan tahap gula dalam darah
  •    Meningkatkan peredaran darah
  •    Meningkatkan kolesterol yang baik
  •    Mengurangkan lemak dalam badan
  •    Mengurangkan risiko kecederaan tulang
Selalunya, kita memang rasa malas untuk bersenam… Kadang-kadang macam-macam alasan yang
kita reka untuk tidak bersenam… Seolah-olah kita berperang dengan diri sendiri. Sebahagian diri kita kata”tak payah senam lah” dan sebahagian lagi pula ” sampai bila ko nak macam ni? sampai bila ko nak gemuk je?” Jadi, macam mana cara untuk kita memberi motivasi kepada diri sendiri untuk bersenam?
Mengubah sikap – paling penting! Tiada siapa yang dapat ubah diri kita melainkan diri kita sendiri
  •    Memilih ‘role model’ sebagai inspirasi
  •    Mempelbagaikan tempat bersenam
  •    Mengajak rakan-rakan
  •    Memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas bersenam
  •    Sentiasa menambah pengetahuan tentang kesihatan
Di sini juga, ada dicadangkan beberapa jenis senaman yang baik untuk anda:
  •    Berjalan
  •    Berjalan pantas
  •    Berjoging
  •    Berbasikal
  •    Berenang
  •    Senaman beraket seperti badminton,ping pong atau tenis
  •    Menari
Tetapi, harus diingat dalam kita seronok bersenam ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian / mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku:
  •    Jangan berlebihan dan tahu had kemampuan anda
  •    Jangan bersenam sekiranya anda sakit atau cedera
  •    Jangan terus duduk selepas bersenam
  •    Berhenti bersenam sekiranya anda berasa tidak selesa
  •    Jangan bersenam sekiranya anda demam
Diharapkan perkongsian diatas mengenai Obesiti dapat memberi anda maklumat atau info yang
berguna kepada semua. Untuk gemuk, mengambil masa yang sangat singkat tetapi untuk kurus sangat-sangat mengambil masa yang lama… Jika anda tergolong di dalam golongan Obesiti, mulakan langkah anda hari ini.. Mungkin langkah kecil anda hari ini akan memberi kesan yang positif di masa depan..
Pada mereka yang tiada masalah Obesiti, jangan pandang serong kepada mereka yang Obesiti,
sebaliknya bagi lah sokongan, pertolongan kepada mereka untuk mengubah cara hidup mereka ke arah yang lebih sihat.

Pembelian produk nutrisi Shaklee sekarang sudah semakin mudah. Anda boleh buat pembelian sendiri menerusi Shaklee Online Web tanpa perlu melalui mana-mana SID dengan menggunakan Kad Debit/Kad Kredit Anda.

Sekiranya anda berminat nak beli mana produk nutrisi Shaklee, anda boleh order sendiri secara Online dengan KLIK pada gambar di bawah ya.
Shaklee dah 20 tahun di pasaran Malaysia dan lebih 50 tahun worldwide . Shaklee ada kelulusan
KKMdan halal diiktiraf oleh JAKIM . Boleh rujuk halal JAKIM di link ini . Sekiranya anda berminat untuk
mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ,saya adalah wakil pengedar sah anda . Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya ditalian di bawah.
DAN
“ Ingin mendapat 4 -5- 6 angka sebulandengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ? Hubungi saya juga ! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan ! Wakil pengedarseluruh malaysia masih diperlukan ! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge