Red Velvet Cheese Leleh

Uncategorized

Minggu lepas kan cuti panjang.so biasa la sya ni kalau dah lama sangat duduk rumah tak buat apa memang boleh meroyan..Hahaha..Bosan kot dok umah sesaja,Jadi sya pun mula la godek-godek resipi untuk buat kek.Dan apa yang sya dpat dan mudah sangat nak buat ialah  red velvet cheese leleh.


Red Velvet Cheese Leleh

Resipi yang sya buat ni serius mudah dan menjadi keknya biapun ni adalah kali pertama sya buat red velvet ni.Alhamdulillah husband dan anak-anak makan dengan berselera.

Oke sya tak nk bebel panjang jom kita layan resipi dulu.Untuk ibu-ibu yang anak suka makan kek tu wajib cuba.Serius sedap dan yang penting air tangan seorang ibu.

Resipi : Red Velvet Cheese Leleh

Bahan-Bahan : 

1. 2 cawan tepung kek bluekey ( Sya pakai tepung gandum je) – diayak bersama baking powder & serbuk koko

2. 3 sb serbuk koko

3. 2 sk baking powder (kalau pakai tepung kek tak perlu letak)

4. 1 cawan tepung jagung

5. 1/2 cawan gula

6. 4 – 5 biji telur

7. 1sb ovellete

8. 1 penutup esen vanilla

9. 1/2 jus lemon

10. Pewarna merah

Cara – Cara :

1. Mix telur dan gula sehingga kembang dan gebu

2. Masukkan ovellete dan esen vanilla – Mix lagi sampai gebu

3. Masukkan minyak dan susu.

4. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan serbuk koko.Gunakan kaedah kaup balik jer selepas masukkan tepung.Kaup balik sampai sebati

5. Laserkan loyang dengan sedikit minyak / butter (sya just guna aluminium foil).

6. Masukkan adunan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau sehingga kek masak


Bahan untuk topping :

1. 250g cream cheese

2. 120g susu pekat

3. 50ml susu cair / UHT whipping cream / susu segar ( Sya lupa beli whipping cream maka sya pakai susu segar aje.

Red Velvet Cheese Leleh

Cara sediakan topping:

1. Mix semua bahan di atas sehingga sebati , adunan ini memang cair.

Untuk hiasan boleh parut cheddar cheese.

Kek yang telah dimasak tadi di sejukkan dulu kemudian bahagikan kepada 2 bahagian , tuangkan cream cheese pada 1 bahagian.Kemudian lapis dengan  kek yang sebahagian lagi.Tuang lagi baki cream cheese tadi.Parutkan cheddar cheese di atas kek.Tada siap.

Red Velvet Cheese Leleh

Ok selamat mencuba uolss.senang sangat kan nak buat.Makan pula masa kek sejuk-sejuk memang terangkat la.Memeng tak cukup 1 bekas rasanya.Hihihihi… 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge