Resipi Ayam Goreng Berempah

Uncategorized

Dah hujung-hujung puasa ni mesti ibu-ibu dah buntu kan nak masak ap ajuadah untuk berbuka puasa.Kali ni sya nak kongsikan Resipi Ayam Goreng Berempah yang sangat mudah untuk ibu-ibu semua.Mana tau boleh di jadikan menu berbuka nanti.

Resipinya sangat la mudah dan menjadi makanan favorite untuk sya dan keluarga.Kalau dapat makan panas-panas memang tak pandang belakang dah la.Nasib la kalau mertua lalu pun tak heran.. Haha..Amboiii melampau sangat kan kalau gitu.

Ok jom kita tengok resipi ni.Mana tau balik nanti terus nak buat untuk berbuka.

Ayam Goreng Berempah

Resipi Ayam Goreng Berempah

Bahan – bahan : 

1. setengah ekor ayam ( Boleh di tambah kalau ramai yang nak makan )

2. 3 batang serai * ( Lebihkan kalau ayam banyak )

3. 5 ulas bawang merah *

4. 5 ulas bawang putih *

5. Kunyit hidup sebesar ibu jari *

6. 1 sudu besar ketumbar *

7. 1 susu besar jintan putih

8. 1 tangkai daun kari

9. Sedikit garam ( agak-agak sendiri )

Cara-caranya :

1. Bersihkan ayam , buang semua kulit dan lemak-lemak

2. Blendkan semua bahan bertanda * tapi jangan sampai hancur

3. Tuangkan semua bahan blend ke atas ayam dan gaulkan sampai kena semua ayam

4. Tambahkan serbuk jintan putih dan garam.Gaul sekata

5. Perapkan lebih kurang 20 minit.Lagi lama perap lagi sedap

6. Goreng dengan minyak yang banyak

7. Bila ayam dan masak , masukkan daun kari ke dalam kuali dan kacau-kacau sebentar.

8. Tada sudah siap.Boleh angkat dalam pinggan dan sedia untuk di makan.

Senangkan..Ha , lepas ni tak perlu la lagi nak beli kat pasar.Mahal tau ayam goreng berempah ni dekat kedai.Dah tau cara boleh sangat buat sendiri.Lagi pun kalau buat sendiri sudah tentu sangat terjamin dari segi kebersihannya.

Selamat mencuba !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge