Resipi Biskut Nestum Ranggup

Uncategorized

Sya memang hantu sikit kalau biskut nestum ni..sebelum-sebelum ni kalau musim raya pergi beraya la rumah sesapa pun mesti biskut pertama yang sya cari ialah Biskut Nestum ..Kalau ada rumah sesapa wahhh memang syok la..Makan sorang ngadap tu sampai tak perasan dah nak habis.Kalau tak ada biskut nestum pasrah laa makan apa je biskut yang ada.

Di sebabkan favorite sya maka tahun ni sya usaha untuk buat sendiri,Puas hati sangat dapat sediakan sendiri sebab boleh dapat banyak bekas, boleh makan banyak-banyak.Dah tak perlu nak pergi rumah orang lain cari Biskut Nestum
lagi.Haha..Lepas ni sapa nak makan biskut nestum bole datang rumah sya plak.

Sebelum tau resipi ingatkan renyah la nak buat Biskut Nestum
ni , tapi bila dah tau resipi rasa masya Allah senang yang amat.Kalau tau senang macam ni dah buat setiap tahun sebelum ni. Ok jom tengok resipi mudah ni..Kot sempat lagi la sape yang nak buat tu.Sya pun macam nak buat lagi seadunan jer gara-gara sambil adun kuih sambil makan..


Resipi Biskut Nestum Yang Ranggup 

Bahan-bahan :

1. 2 cawan tepung gandum – di ayak ( sya tambah lagi setengah cawan)

2. 3 sudu kecil baking powder – di ayak

3. 2 cawan nestum dikisar halus

4. 1 cawan butter ( agak-agak sendiri)

5. 1 cawan gula castor

6. 2 biji telur

7. 2 sudu kecil essen vanilla

8. 2 cawan nestum tanpa di kisar ( untuk digolek )

Cara-Caranya : 

1. Pukul sebati butter , gula castor , telur dan essen vanilla

2. Masukkan tepung , baking powder dan nestum yang telah di kisar halus

3. Gaul / mixer sampai jadi doh 

4. Rehatkan doh selama 10 – 15 minit

5. Bentukkan doh bulat-bulat dan golek dengan nestum yang tidak di kisar tadi

6. Tekan dengan garfu

7. Bakar pada suhu 150’C selama 15 minit.

Tada siap…Mudah sangat kan.Dah siap bakar tunggu bagi sejuk boleh la di simpan dalam bekas kedap udara.Agak tak tahan boleh la buat macam sya masukkan separuh dah ke dalam perut.Lepas tu meroyan nak kena buat lagi..Haa padan muka.

Selamat mencuba..Kalau jadi jangan lupa bagi tau ye..Kalau tak jadi sya tak tau..Hihihi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge