Resipi Biskut Red Velvet

Resipi

Sekejap jer rasa masa berlalu kan..Sedar sedar kita dah berada di penghujung ramadhan.Tinggal berapa hari jer lagi ramadhan bakal melabuhkan tirainya dan kita akan bertemu syawal pula.Semoga kita bertemu lagi ramadhan akan datang.

Macam mana dengan persiapan nak raya korang??Mesti dah siap semua kan..Yang mana buat kuih raya tu mesti dah buat kan.Minggu ni jer kot yang sempat nk buat lagi kuih raya kan.

Bagi sya pula alhamdulillah untuk syawal kali ni memang semua kuih raya sya buat sendiri sambil di bantu oleh cik suami.Tak banyak pun buat kuih ada la dalam 6 jenis macam tu..Buat yang mudah mudah aje.Bukan bakers pro pun nak buat yang susah susah..

Ok untuk resipi pertama kuih raya kali ni sya nak kongsikan resipi dan cara cara buat red velvet.Ni kali kedua sya buat.Sebelum ni buat saja untuk kudapan anak anak.

Ok jom layan resipi dulu

Resipi Red Velvet

Bahan – Bahan :

  • 3/4 cawan butter
  • 1/4 cawan minyak
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 2 cawan tepung gandum ( Ayak )
  • 1/2 sudu kfc soda bikarbonat ( Ayak )
  • 1 sudu kfc baking powder ( Ayak )
  • 1 sudu makan pewarna merah
  • 1/2 sudu serbuk koko ( Ayak )
  • 1 sudu makan emplex
  • Almond slice ( Tak perlu sangai )
  • Choco chip

Cara Cara :

1. Kacau sebati butter , minyak , gula perang dan gula halus ( Pakai sudip kayu aje )

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla

3. Masukkan bahan ayak 1 cawan terlebih dahulu dan masukkan emplex

4. Kacau sebati dan tambahkan baki tepung tadi.

5. Masukkan pewarna merah dan uli sebati dengan tangan

6. Masukkan almond dan choco chip.Gaul sebati

7. Simpan dalam peti 45 minit – 1 jam

8. Panaskan oven 5 minit suhu 150.

9. Bentukkan sesuka hati dan susun dalam tray dan bakar selama 10 – 15 minit.( Bergantung pada oven masing masing ).Oven sya 10 minit aje..lau lebih rentung la jawapnya.

Ni hasil dari air tangan sya..Haha..1 adunan dapat la 2 balang kecik tu..Cukup la 1 rumah sya 1 rumah mertua.

 

Resipi Biskut Red Velvet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge