Resipi : Mee Kari Yang Sangat Mudah

Uncategorized

Hujung minggu yang lepas hubby ada bagitau yang kawan sekerja nak datang beraya di rumah dan meminta sya memasak dan menyediakan sedikit kuih muih.Sya terfikir elok juga jika memasak mee kari kerana sya sendiri pun teringin nak memasaknya tapi bila di fikirkan nanti hanya sya dan hubby jer yang makan jadi sya abaikan je permintaan anak tekak.Ni dah alang-alang ada tetamu nak datang sya buat mee kari ni.Tak tahu la ok ke tak sebab ni pertama kali sya masak mee kari.

Sya amek resipi ni dari kakak ipar sya yang kebetulan ada memasak mee kari semasa hari raya yang lepas.Tengok cara kakak ipar ni masak ringkas sangat jadi sya pun minta la resipi dari  dia.Dan alhamdulillah resipi yang di beri sangat mudah.

Pagi-pagi lagi sya dah keluar mencari bahan untuk memasak mee kari.Persiapan perlu di sediakan awal supaya tak kalut nanti.Kalau boleh bila tetamu sampai semua telah tersedia.Lagipun pada sebelah petangnya sya nak pergi ziarah cucu sedara sya yang di masukkan ke icu.

Oke la panjang lebar pula cerita nya jadi jom kita layan resipi mee kari yang sangat mudah ni.Buat sekali pasti menjadi.

Mee Kari

Bahan-bahan

1 –  Mee Kuning

2 – 5 ulas bawang merah *

3 – 5 ulas bawang putih * 

4 – 1 batang serai

5 – 1/2 inci halia 

6 – Udang secukunya

7 – Fishball

8 – Fishcake

9 – Santan 

10 – Cili boh 

11 – Rempah kari babas

12 – Air ( Sya guna air rebusan ayam )

13 – Ayam

14 – Kerang

Bahan untuk hiasan Mee


1 – Kacang panjang

2 – Taugeh

3 – Tauhu goreng

4 – Cili hidup 

5 – Sayur sawi

6 – Daun bawang dan sup

7- Telur rebus

8 – Isi ayam yang telah di leraikan

9 – Limau kasturi

Nota : Potong sayur kacang panjang dan sawi  dan celur sekejap.

Cara-Caranya 

1 – Rebus ayam terlebih dahulu sampai ayam lembut

2 – Blend bahan bertanda *

3 – Tumis bahan blend dan cili boh sampai nak bau

4 – Masukkan rempah dan tumis sampai naik minyak

5 – Masukkan isi ayam, fishball , fishcake , dan biarkan sampai mendidih

6 – Agak-agak rempah dah pecah minyak masukkan air rebusan ayam.

7 – Biarkan agak mendidih dan masukkan santan.

8 – Kacau sentiasa sampai santan sekata.

9 – Masukkan udang dan kerang( di rebus terlebih dahulu )

10 – Akhir sekali masukkan garam dan adjust la ikut citarasa sendir nak masin ker ape kan.

Nota : Kerang jangan di rebus terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.

Selamat Mencuba !!!!

6 thoughts on “Resipi : Mee Kari Yang Sangat Mudah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge