Risiko Ibu Mengandung Menghidap Cyst

Vitamin Untuk Cyst Vitamin Untuk Ibu Hamil Vitamin Untuk Ibu Mengandung Vitamin Untuk Wanita
Anda mengandung dan hadapi masalah cyst ??Apakah risiko ibu mengandung menghidap cyst ?Bahayakah cyst kepada ibu mengandung ?
 

 

Cyst adalah sejenis ketumbuhan yang di dalamnya terdapat cecair. Cyst pada wanita biasanya terjadi di bahagian
ovari.
 
Wanita yang mempunyai cyst akan dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani pembedahan buang cyst, bergantung pada saiz dan jenis cyst.Tetapi kalau wanita mengandung dan ada cyst, ia bergantung kepada keadaan.Kadangkala cyst tersebut tidak memberi kesan apa pun, tapi kadangkala kerana saiznya, ia mungkin membahayakan pada ibu dan kandungan.
 
Cyst semasa mengandung berlaku apabila telur dilepaskan, dan bekas telur di tinggalkan. Bekas ini kadangkala berisi cecair atau darah. Ia berpotensi membentuk cyst yang boleh membesar.Ada juga cyst yang boleh membesar sehingga 10 cm atau lebih. Cyst yang besar ada risiko untuk pecah, berdarah, dan berputar. Jika ini berlaku ibu – ibu akan mengalami sakit di abdomen.
 
ANTARA PETANDA CYST SEMASA MENGANDUNG
1 → Sakit semasa bersama dengan suami
2 → Sakit perut di bahagian abdomen kiri atau kanan iaitu di kedudukan ovari
3 → Sakit semasa buang air kecil
4 → Sakit di bahagian vagina
5 → Susah untuk buang air besar
Ini semua berlaku disebabkan saiz cyst membesar dan adakalanya ada yang telah pecah atau berpintal.Jika ini berlaku, pembedahan kecemasan perlu di buat untuk membuang cyst
dan memberhentikan pendarahan.
 
 
 
RISIKO CYST SEMASA MENGANDUNG
Cyst yang berlaku di bahagian ovari tidak lah secara langsung membahayakan bayi di dalam rahim.Lagipun ovarian cyst berlaku di ovari manakala bayi membesar di dalam rahim. Ianya 2 tempat yang berbeza.
Cuma ada beberapa risiko kalau cyst membesar dan berpintal.
1. JANGKITAN KUMAN
Kebiasaannya risiko jika cyst pecah, ia akan menyebabkan jangkitan kuman di bahagian peranakan ibu.
Ini akan menyebabkan rasa sakit bila nak buang air kecil.
2. KELAHIRAN PRA-MATANG
Bukan itu sahaja, cyst yang membesar melebihi 5 cm juga akan mengganggu bekalan darah ke bahagian peranakan hingga kadangkala menyebabkan kelahiran pra-matang atau keguguran.
3. KEGUGURAN
 
Risiko keguguran adalah sehingga 12% jika pembedahan membuang cyst ovari dilakukan di trimester pertama (sebelum 12 minggu). Oleh itu jika cyst perlu dibuang, paling selamat dibuat ketika trimester kedua.
 
Kebanyakan doktor akan menasihatkan pembedahan membuang cyst jika ketika temujanji didapati cyst ibu adalah besar. Pembedahan yang dirancang (elective) adalah lebih baik daripada pembedahan secara kecemasan (emergency).
 
Bergantung kepada saiz cyst dan fasiliti hospital tersebut, pembedahan ini boleh dijalankan secara laparoscopy
(lubang kecil dan dimasukkan kamera) ataupun laparotomy (potong abdomen).
 
Apapun dapatkan nasihat doctor mengenai masalah anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge